Tuesday, October 12, 2010

Peluang Kerjaya Di LHDN

Minggu ni aku tersangat bz sangat maleh nak buat entry baru... cuma aku nak war-warkan kepada sesiapa yang berminat untuk bekerja dengan LHDN, ada peluang kerjaya ditawarkan baru-baru ini.



TARIKH IKLAN : 11 Oktober 2010


JAWATAN

A1 - Penolong Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat)
Gred 31
(1 Kekosongan)

B1 - Pembantu Tadbir (Penaksiran) Gred 21
(39 Kekosongan)

B2 - Pembantu Tadbir (Perkeranian) Gred 21
(19 Kekosongan)

B3 - Pembantu Tadbir (Perpustakaan) Gred 21
(1 Kekosongan)

B4 - Pembantu Tadbir (Kejuruteraan) Gred 21
(4 Kekosongan)

B5 - Pembantu Tadbir (Juruteknik Komputer) Gred 21
(28 Kekosongan)

B6 - Pembantu Tadbir (Operator Komputer) Gred 21
(3Kekosongan)

B7 - Pembantu Tadbir (Keselamatan) Gred 21
(24 Kekosongan)


KELAYAKAN

A1

Memiliki diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
ATAU

Memiliki diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

DAN

Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.70 dan ke atas bagi diploma yang berkenaan. Bagi pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang tidak memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) 2.70, pegawai hanya layak memohon sekiranya telah berkhidmat 5 tahun dan ke atas;

DAN



Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


B1

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut ;
ATAU

Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat pertengahan (Simpan Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

ATAU
Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

ATAU
Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau sijil penyimpan kira-kira dari politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
DAN

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


B2/B3

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut ;

DAN

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


B4

Sijil dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dari politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

DAN

Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

B5/B6

Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
ATAU

Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan dari politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

ATAU

Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan dari politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

DAN

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


B7

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut ;

ATAU

Bekas anggota polis atau tentera yang berpangkat Koperal dan ke atas dan telah disahkan dalam perkhidmatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
DAN

Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-

a. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53 bagi wanita tanpa bersepatu;

b. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

c. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);

d. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap; dan

e. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.


* Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

Bagi pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am adalah layak dipertimbangkan oleh LHDNM untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir Gred 21 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-

a) mempunyai kelayakan akademik seperti di atas; atau

b) lulus peperiksaan khas yang ditetapkan (bagi bidang Penaksiran/ Perkeranian yang mana berkenaan);

c) berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.

BIDANG TUGAS

A1

Membantu Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat) Gred 41 untuk mengkaji kemungkinan memperbaiki kecekapan program komputer yang sedia ada.

Membantu dalam membuat persediaan untuk melaksanakan sistem aplikasi komputer seperti latihan kepada pengguna, peralihan dan operasi serentak.

Membantu dalam penyediaan infrastruktur komputer bagi setiap projek yang dirancang.

Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan komputer peribadi di semua cawangan LHDNM.


B1

Mendaftar dan menyelenggarakan fail Cukai Pendapatan dan menyemak indeks ke atas pelbagai dokumen yang diterima.

Memberi khidmat nasihat kepada pembayar cukai di kaunter atau melalui telefon.

Membantu operasi Banci Bisnes dalam lawatan ke premis-premis perniagaan.

Membantu mengeluarkan bil kompaun dan daftar kes saman .


B2

Mengendalikan urusan buku perkhidmatan dalam merekodkan perubahan dan pertambahan maklumat perkhidmatan dan rekod cuti pegawai.

Mengurus dan mengemas kini fail-fail am pentadbiran dan kewangan.

Mengemas kini maklumat pegawai dalam Sistem Maklumat Sumber Manusia dan statistik perjawatan bulanan.

Membantu dalam semua hal ehwal pembayaran gaji, elaun, tuntutan perbelanjaan, baucar bayaran dan urusan inventori dan aset jabatan.


B3

Membuat kerja-kerja merekodkan bahan seperti buku, akta, terbitan bersiri, koleksi khas, laporan tahunan, CD, gambar, tesis, kertas kerja seminar, nota kursus dan sebagainya

Melakukan tugas-tugas kaunter (menjawab pertanyaan rujukan, urusan pinjaman dan pemulangan bahan, tempahan, e-mel makluman kepada pengguna dan menyusun kad pinjaman.
Membuat kerja-kerja memproses bahan seperti menaip kad katalog, kad pinjaman, poket, label dan juga melabel bahan.

Mengemas kini maklumat bibliografi koleksi Pusat Sumber ke dalam sistem perpustakaan.


B4

Memantau dan mengawal selia kerja-kerja pengubahsuaian, pembaikan dan penyelenggaraan awam untuk ruang pejabat atau bangunan LHDNM.

Menerima, memeriksa dan menguruskan semua aduan kerosakan berhubung kerja-kerja elektrik dan lain-lain tugas yang diarahkan.


B5

Bertanggungjawab mengendalikan semua urusan penyelenggaraan sistem peralatan komputer.


Bertanggungjawab mengendalikan urusan penyelenggaraan aplikasi peralatan komputer.
Bertanggungjawab mengendalikan urusan Operasi Sistem Komputer.
Membantu mengurus urusan dan proses penyelenggaraan komputer / mesin cetak / peralatan yang masih dalam tempoh jaminan dengan pembekal / petender yang berkaitan dengan urusan Rundingan Terus / Tender.

B6

Menjalankan kerja-kerja Batch Job INTACTSG, STS & Adhoc mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Menjalankan kerja-kerja ‘backup’ harian dan mingguan secara robotik atau manual dalam masa yang ditentukan.
Menjalankan kerja-kerja pemindahan data (FTP), petikan data dan mengeluarkan ‘output’ serta cetakan laporan mengikut keperluan semasa.
Bertugas sebagai ‘Help Desk’ bagi pihak JTM dan menyalurkan segala laporan kerosakan atau masalah kepada pihak yang bertanggungjawab melalui Sistem Help Desk Automasi Pejabat.

B7

Membantu memantau disiplin anggota keselamatan.

Membantu menyelaras, mengatur, merancang dan mengendalikan latihan untuk pegawai dan anggota keselamatan LHDNM.

Mengawal selia tugas-tugas kawalan keselamatan di Ibu Pejabat dan cawangan-cawangan LHDNM.

Mengawal selia dan memantau penyimpanan dan pergerakan senjata api dan peluru.


KRITERIA YANG DIPERLUKAN


ü Berdaya saing, asertif, pemikiran kritis, dinamik serta matang.
ü Bertanggungjawab, proaktif, daya inisiatif yang tinggi dan kemahiran interpersonal yang baik.
ü Kebolehan bekerja secara berkumpulan, kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Berkemahiran dalam bahasa etnik seperti Mandarin, Tamil dan bahasa lain adalah satu kelebihan.
ü Aktif dalam kegiatan luar terutama dalam bidang sukan, seni mempertahankan diri dan pasukan beruniform.




GAJI

Skim Gaji Jawatan :

A1
RM1998.00 – RM4950.00

B1 – B7
RM1370.00 – RM3417.00



FAEDAH


LHDNM menawarkan faedah yang menarik kepada kakitangannya seperti kemudahan cuti rehat, rawatan perubatan dan pergigian, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman komputer, peluang membina kerjaya, kursus-kursus untuk kemajuan diri dan kemudahan sukan dan rekreasi.

CARA MEMOHON


Permohonan dari calon-calon luar LHDNM (termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan) hendaklah dibuat melalui Laman Web JobsMalaysia (Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsmalaysia.gov.my .

Permohonan dari calon-calon pegawai LHDNM yang masih berkhidmat (bertaraf Tetap, Kontrak dan Sambilan) hendaklah dibuat melalui melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL http://kerjaya.hasil.gov.my/eKerjaya .

Semua permohonan tidak perlu dicetak/di pos ke LHDNM.

Nama calon-calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dipamerkan di Laman Web LHDNM dan akan dimaklumkan melalui surat. Pemohon juga digalakkan sentiasa menyemak melalui Laman Web LHDNM untuk mengetahui maklumat berkenaan.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN


25 Oktober 2010

Sunday, October 3, 2010

Betul Ker LHDN Tak Tangkap ‘Ikan Jerung’?

Aku kadang-kadang ada terbaca di dalam beberapa forum mengenai isu cukai pendapatan dan ada komen yang mengatakan pihak LHDN hanya berani mengaudit dan menyiasat pembayar-pembayar cukai yang dikategorikan sebagai ‘ikan bilis’ atau ‘orang kebanyakkan’ sahaja sedangkan pihak LHDN tak berani nak sentuh ‘ikan-ikan jerung’ atau pembayar cukai yang berstatus VIP. Aku sendiri turut mempunyai pengalaman sendiri ketika membuat kerja-kerja audit ke atas akaun pembayar cukai dan sering ditanya dengan sinis oleh mereka mengenai isu ‘ikan jerung’ dan ‘ikan bilis’ ini.

Aku akui bahawa pembayar-pembayar cukai mempunyai pandangan sebegini kerana disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan penuh mengenai Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967. Mereka seringkali mendakwa bahawa mereka tidak pernah mendengar di media massa bahawa LHDN ada menyiasat si polan dan si polan, dan oleh demikian, mereka menganggap bahawa LHDN tak buat kerja.

Sebenarnya, pihak LHDN tertakluk kepada Seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan 1967 di mana pihak LHDN tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai pembayar cukai kecuali pada masa-masa tertentu. Jika tidak, pihak LHDN boleh disaman oleh pembayar cukai kerana melanggari haknya. Bagi sesiapa yang mendedahkannya termasuklah pekerja LHDN ataupun tax agent, maka dianya boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 117 ACP 1967 yang meperuntukkan denda tidak melebihi RM4 ribu atau dipenjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya sekali. Selain itu, sebagai pekerja badan berkanun kerajaan, pekerja-pekerja LHDN juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang tidak boleh mendedahkan sebarang rahsia berkenaan dengan kerajaan.


Oleh demikian, kita tidak akan mengetahui mana-mana syarikat yang diaudit atau disiasat oleh pihak LHDN kecuali jika kes audit/siasatan ini dibawa ke mahkamah. Bila ianya dibawa ke mahkamah, maka pihak awam mempunyai akses untuk mengetahuinya. Korang boleh semak kes-kes audit/siasatan yang dibawa ke mahkamah melalui laman web Malaysian Law Journal ataupun melalui enjin carian. Kes-kes yang dibawa ke mahkamah kebanyakkannya adalah disebabkan berlakunya bantahan samada oleh pihak pembayar cukai ataupun pihak LHDN mengenai isu-isu percukaian. Juga, ada juga kes yang dibawa ke mahkamah adalah kes jenayah di mana pihak LHDN mendakwa pembayar cukai melanggari Akta Cukai Pendapatan 1967 terutamanya Seksyen 113 atau Seksyen 114 yang melibatkan isu penggelakkan cukai. Kes yang terbaru adalah seperti di bawah.



Oleh demikian, kepada orang di luar sana, diharap korang jangan begitu cepat menghukum yang pihak LHDN nie tak berani nak kacau ‘ikan-ikan jerung’ kat luar sana tue. Sebenarnya banyak kes-kes syarikat atau individu yang berstatus VIP telah diaudit/disiasat oleh pihak LHDN, cuma kes-kes pembayar cukai (tidak kira orang biasa mahupun VIP)ini tidak boleh didedahkan kepada umum sama sekali kecuali jika kes ini dibawa ke Mahkamah. Kalau masuk mahkamah sekalipun, pihak media tak berminat nak paparkan di dalam suratkhabar / media massa mereka sebab mereka beranggapan kes-kes cukai ini tak begitu menarik untuk tatapan pembaca-pembaca mereka dan juga mereka beranggapan bahawa kes jenayah cukai ini bukanlah satu kesalahan jenayah yang besar seperti kes bunuh sedangkan kalau di Amerika Syarikat, ramai pembayar cukai telah dipenjarakan jika cuba menggelakkan cukai.