Sunday, January 2, 2011

Tahun Baru 2011

Memandangkan aku jarang sangat nak menulis untuk blog aku ni, so aku decide untuk buat short entry jer mengenai apa yang berlaku padaku setiap hari. At least, walaupun entry aku tue tak panjang, tapi takderlah blog aku ni jadi sepi dan sunyi selalu.



Untuk entry hari ini, aku tengok ramai orang di bank tadi, yerlah, masing-masing aku tengok pegang buku color biru, yakni buku ASB. Masing-masing sibuk nak mengupdatekan buku ASB manakala untuk aku, mungkin esok aku akan updatekan buku ASB aku since aku tertinggal buku ASB aku kat rumah tadi.



Baru tadi aku bawa keluar duit kat ATM Maybank dekat office aku, dan untuk first time dalam hidup aku, duit yang aku bawa keluar dari ATM short iaitu sebanyak RM100. Banyak tue woiii... Selalunya, rasanya tak pernah aku kira duit setiap kali keluar dari mesin ATM. Tapi kali ni aku kira semula wang aku tue sebab aku rasa suspicious bilamana masa duit tue keluar, ada bunyi alert dan kat screen ATM tue ada terpapar bahawa pengeluaran tunai untuk minggu ini sudah mencukupi RM5000. Dan aku tengok kat wang aku tue macam pelik sikit, i mean, ada sekeping not RM50 tue tak keluar habis dari mesin tue..so aku decide untuk kira semula dan confirm, duit aku tu terkurang RM100. tension betul macam nie.....



So the next action, aku masuk kad ATM aku tue semula untuk semak baki semula dan print out mini statement dari mesin ATM tue. Dan memang confirm, dalam mini statement tue ada pengeluaran RM1500 sedangkan aku hanya terima RM1400 jer. Aku pun call Maybank Service Centre untuk buat aduan, dan diberitahu bahawa tempoh 2 hari diperlukan untuk aku tahu samada ada berlaku discrepancy kat mesin ATM tue. Kalau takder, nampak gaya RM100 tue bukan rezeki akulah. Whatever, aku berdoa agar RM100 aku tu selamat dikreditkan semula ke akaun aku.. kalau tak, mungkin aku akan ban dari terus guna akaun Maybank dah.