Saturday, June 2, 2012

Patut Ke LHDN Dedahkan Nama Penghutang Cukai Negara?

Aku ada terbaca di paper The Star beberapa minggu yang lepas mengenai artis Hollywood iaitu si Pamela Anderson yang diletakkan sebagai salah seorang top ten pembayar cukai yang mempunyai hutang tertinggi dengan kerajaan negeri California. Lepas nama dah publish barulah si minah ni tergesa-gesa nak settlekan hutangnya. So bagi aku cara ini memang salah satu cara yang berkesan bagi mengutip hutang cukai terutamanya bagi individu-individu atau syarikat yang terkemuka di negara tersebut. 

Kan bagus kalau kita dapat pinda undang-undang cukai di negara kita untuk benarkan pihak LHDN untuk paparkan senarai penghutang cukai yang tertinggi di negara kita ni. Aku jamin memang confirmlah kadar kutipan cukai negara akan meningkat dengan mendadak kalau cara  ini dilaksanakan kelak. Yelah, mestilah mereka yang berstatus selebriti, ahli politik atau orang-orang yang terkenal akan cepat membayar cukai mereka sebab takut bimbang nama mereka akan dipamerkan di dalam akhbar, ala yang macam MARA selalu pamerkan nama-nama penghutang pinjaman MARA kat dalam suratkhabar tu.

Tapi aku yakin cadangan di atas tidak akan menjadi realiti berdasarkan situasi di negara kita ini. Tak kisahlah siapa yang akan memerintah negara kita ini pada masa akan datang, tapi aku yakin cadangan ini tidak akan dibentangkan di parlimen. Masing-masing cuba untuk menjaga kepentingan masing-masing. Tapi itu cuma pendapat aku, mungkin mana tau, tiba-tiba sahaja cadangan ini akan jadi realiti bila sampai satu tahap yang mana kadar hutang cukai negara menjadi terlalu tinggi dan cadangan ini boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut. 

Kalau korang baca link  ini , bukan setakat nama penghutang ini dipamerkan tetapi termasuk alamat, amaun cukai terhutang dan pekerjaannya sekali. Memang nayalah kalau nama korang termasuk dalam senarai tersebut. Yang lebih menarik lagi, sesiapa yang termasuk dalam senarai ini boleh dibatalkan lesen profesion dan lesen memandunya sekali. 

Tapi bagi aku memang tak hairan sebab kalau kat US, jenayah cukai ini dianggap jenayah yang berat. Ramai penjenayah cukai kat sana dah kena penjara tak macam di sini, jenayah cukai masih lagi dianggap sebagai jenayah yang ringan. So far, aku rasa tak ada lagi orang Malaysia yang kena penjara pasal kes cukai. Tapi jangan jadi macam negara Brazil plak, sampai pegawai cukai pun bertindak sebijik macam pegawai polis. Terlampau extreme dan agresif sangat. Boleh baca di sini, sampaikan bawa senjata bila serbuan dilakukan.