Sunday, July 15, 2012

Tukar Side Mirror Grand Livina

Since side mirror Grand Livina aku patah tempohari, mahu tak mahu terpaksa gak aku kena tukar side mirror yang baru. Aku call Nissan Service Centre dulu dan diberitahu yang satu side mirror baru (belum dicat lagi) berharga RM 450 jer. Tergamam gak aku dibuatnya bila dengar harga macam tu.

Aku pergi tanya kedai akseksori kat belakang Ong Tai Kim Jalan Gombak pulak dan diberitahu oleh tokey kedai tue pulak lagi mahal. Ada ke patut dia nak charge aku RM480.. lagi mahal daripada kedai nissan sendiri. kepala otak berjambul dia. Lepas aku beritahu yang Nissan cuma charge RM450, dia pun kata boleh kurangkan jadi RM450 gak. Aku tanya dia kalau aku beli sendiri dan minta dia pasang, berapa pulak dia nak charge untuk upah pasang, dia jawab RM80. Memang nak mengena orang betul kedai ni..

Last-last aku pun menggoogle untuk dapatkan kedai yang mana yang ada jual side mirror nissan ni. Aku dapati ada 2 buah kedai yang ada jual aksesori nissan ini iaitu Sam Ghee dan Vanli yang kedua-duanya terletak di Jalan Ipoh. Aku call dua-dua kedai dan diberitahu harganya sama iaitu RM350 jer. Semalam aku pergi kedai Sam Ghee tue dan minta kurang sedikit, dan dapat beli pada harga RM330. 

Mulanya aku cadang nak pasang sendiri sebab tengok dalam youtube macam mudah jer. Tapi aku cuba cari video tentang grand livina tapi tak ada. Kalau tengok dalam youtube, kita cuma tanggal segi tiga yang kat tepi tingkap tue jer dan tak perlu nak buka keseluruhan door panel kereta kita. Aku pun trylah tanggal segi tiga tue, tapi malangnya, untuk grand livina kita kena buka keseluruhan door panel sebab wayar socket tue duduk kat dalam pintu bukannya duduk kat segitiga tue. Hampeh betul. Aku pun cuba tanggal door panel kereta aku tapi aku tak berjaya nak cari screw yang patut dibuka. Sebab takut menjahanamkan kereta aku, aku pun pergi kedai workshop yang aku selalu aku pergi dan minta dia tolong pasangkan. Nasib baik, dia hanya kenakan RM10 sebagai upah pasang. Jadi keseluruhan kos yang terlibat cuma RM340 jer instead RM450 jer. memang melampau kedai aksesori tue nak buat untung. kalau setakat beza RM50 jer takpe, ini sampai lebih seratus ringgit. 

Lepas nie pulak nak kena cat side mirror tue serupa dengan color body kereta aku.. itu tunggu bonus rayalah pulak nanti. duit pun dah kering sekrang. 

Saturday, July 14, 2012

Setapak Lake City Phase 7

Nampaknya Platinum Victory telah mula melancarkan fasa ketujuh Setapak Lake City yang terletak di area Danau Kota, Setapak. Korang boleh mula mendaftar di halaman webnya di www.platinumvictory.com.

Kali ini aku tengok design condo untuk phase tujuh ini ternyata berbeza sama sekali dengan fasa-fasa sebelum ini. Disebabkan kelainan designnya ini, aku yakin harga dia memang akan jauh berbeza dengan fasa sebelumnya... mungkin PV nak cuba lari dari design kebiasaannya kot. Aku rasa condo phase 7 ini akan dibina di sebelah area kampung pengantin iaitu di area showhouse Platinum Victory. Kalau ada masa esok, aku ingat nak singgah pergi tengok showhouse PV untuk tanya lebih lanjut mengenai projek ini. 

Tapi yang pasti, condo ini merupakan condo leasehold dan high density. Kebiasannya PV akan bina lebih dari 600-800 unit bagi satu-satu condonya. So kalau untuk investment agak sukar untuk compete mencari buyer atau tenant apabila time condo ini siap nanti.




Thursday, July 12, 2012

Cerita Lelong Tahun Ini

Since aku dah dual apartment aku hat cheras tue, so aku plan nak beli satu rumah lelong tahun nie. Aku dah masuk 4 kali lelong tapi semuanya tak berjaya. Maybe belum sampai lagi rezeki aku agaknya.

Ada satu apartment yang aku cuba masuk lelong di Bukit Jalil..lebih 40 orang bidder yang masuk nak lawan. Lawan punya lawan sampai harga dah jadi macam harga market value, dahlah unit tu unit bumi lot. Tak faham aku.

Bulan lepas aku ada masuk satu lelong tanah kat area nilai.. tanah tue berhadapan dengan jalan besar. Memang cun betul...harga reserve pulak memang rendah gila compare dengan market value. Masa datang lelong, rupanya ada lebih kurang 11 orang bidder. Anak owner ada datang sekali dan cuba nak deal, tapi ada seorang yang tak nak deal. Anak owner tue memang nak lawan sampai mati, so memang confirmlah takkan ada orang lain nak menang. Seperti dijangka, anak owner tue menang pada harga lebih separuh juta. Harga reserve cuma seratus ribu lebih jer. Aku dan member aku cuma budget pada RM400k jer. Memang tak berbaloi la walaupun anak owner tue menang pasal yang untung kat situ adalah pihak bank. Kalau dia bayar RM10k kat kami sorang pun masih berbaloi sebab dia cuma habis RM110k (10k utk 11 orang) dan RM160k untuk harga reserve. So total baru RM270k jika dibandingkan dengan harga yang dia menang.

Aku difahamkan rupanya ada owner tanah tue isteri kepada seorang bekas ketua kampung kat situ. Dah meninggal dah suaminya tue.. Si suami ni khabarnya kahwin 4 dan ada banyak tanah di kampung tue. Dia ada buat loan bank dan jadikan tanahnya sebagai cagaran tetapi akibat tak bayar pinjaman, ada 3 lot tanah miliknya dilelong termasuk tanah yang aku masuk ni. Salah satu tanah tue kena lelong pada hari sebelum, pun anak owner yang menang. Yang satu lagi tanah akan lelong pada minggu berikutnya. Tapi aku respect kat anak-anak arwah ni pasal bersatu hati untuk menang balik tanah-tanah tue sebab aku dapat tau yang menang lelong untuk tanah pertama adalah anak bini pertama dan yang menang lelong untuk tanah kedua adalah anak bini kedua kot... 

Aku akan cuba masuk 2 unit lelong pada hujung bulan ini insyaallah..Harap-harap nasib kali ini akan berpihak pada aku. Amin.



Wednesday, July 11, 2012

Duit oh Duit!

Bulan lepas aku dapat jual rumah apartment aku kat cheras tue yang aku beli masa lelong dulu. Budget ingatkan boleh la dapat full payment dalam tempoh 2-3 bulan jer..rupanya ada masalah pulak dengan pertukaran nama pada title rumah aku tue. Aku diberitahu yang rumah aku tue dah boleh apply strata title dan instead nak buat direct transfer dari nama owner sebelum aku nie ke rumah buyer aku tak dibenarkan oleh developer. Mahu tak mahu terpaksalah kena tukar nama kat aku dulu barulah lepas tue tukar kepada nama buyer aku plak. So proses ini memakan masa yang panjang dan aku dimaklumkan yang paling cepat boleh selesai ialah 6 bulan. Hampeh betul! Habis plan aku sebelum nie nak guna duit tue.

Isnin lepas lawyer untuk apartment aku kat danau kota pulak call nak minta bayarkan legal fee sebab dah selesai buat perfection untuk strata title apartment tue. Lebih kurang beberapa ribu lagi plak nak kena keluar dari poket aku ini. Mahu pening kepala lagu nie..dahlah aku dapat tau yang pelarasan gaji untuk company aku tak seperti yang diharapkan. Tapi aku doakan agar pelarasan gaji untuk company aku ini diluluskan dengan kadar yang lebih baik hendaknya.

Hari minggu ni nak kena tukar side mirror kereta aku nie...mahu terbang 3-4 ratus gak. Patah pulak akibat langgar tiang parking. Nasib baik bukan kereta mahal, kalau tak mahu kena ribu-ribu gak. Tapi itulah, duit yang aku keluarkan nie harap-harap membawa keberkatan kepada hidup aku insyaallah. 


Monday, July 9, 2012

Penyewa Nak Keluar

Aiseh, semalam aku dapat sms dari tenant aku kat port klang yang dia cadang nak keluar lepas raya nie. Bertambahlah pening kepala aku nie... actually bukan senang nak cari tenant untuk retail lot aku nie. Inilah property yang aku rasa menyesal giler beli. 

Harap-harap dapatlah aku cari tenant yang baru nanti. at least dapat cover monthly installment pun dah cukuplah, yang maintenance fee nasib baiklah tak banyak sangat. Aku nak story lebih pasal retail lot nie pun rasa malas pasal rasa kecewa sangat..cuma yang aku nak pesan, janganlah cuba beli sesuatu yang kita belum mahir lagi.. lagipun shopping mall kat lembah kelang nie dah oversupply lagi-lagi kat sebelah bandar klang nie. 

Antara shopping mall yang tak boleh hidup di Klang nie macam Klang City Centre, Harbour Palace Mall dan Centro. Itu yang berada di tengah-tengah bandar Klang. Itupun aku dapat tau ada beberapa lagi shopping mall yang sedang dalam perancangan macam 1Gateway dan Sazean Bussiness Park. Aku tak taulah macamaner shopping mall tu nak survive nanti.. tunggu dan lihat sajalah.