Friday, October 5, 2012

New Launch Project: Sg Chincin Residensi

Last 2 days, my wifey ada bawa balik pamphlet satu projek baru yang dia dapat dari sales booth yang dibuka di tempat kerja dia. Ianya sebuah projek kondo yang diberi nama SUNGAI CHINCIN RESIDENSI.

Sebuah projek yang  berstatus freehold tetapi hanya dibuka kepada kaum melayu sahaja kerana tanahnya berstatus rizab melayu. Jadi kalau nak beli untuk tujuan flipping agak sukar kerana market untuk nak jual semula tak luas sebab tak boleh jual kat kaum lain. 

Harga yang ditawarkan memang-memang menarik iaitu hanya sekitar RM240 sahaja di mana unit paling kecil berukuran 1,455 dan harga paling minimum ialah RM350 ribu. Terdapat 5 jenis unit dengan kesemuanya lebih kurang berukuran 1400 kaki persegi ke atas which memang sesuai untuk own stay for family. 

Aku tak sure berapa tinggi kondo ini tapi korang boleh dapatkan maklumat lebih lanjut daripada pemaju projek ini iaitu Ganda Selat Sdn Bhd. Kondo ni memang betul-betul terletak di jalan utama iaitu  di Batu 8 Jalan Gombak menuju ke Universiti Islam Antarabangsa , so memang sesuai kalau beli nak bagi sewa kepada student-student UIA terutamanya student-student foreigner.


Kalau nak tanya pendapat akulah, aku kurang yakin untuk membeli  unit kondo  ini sebabnya:
- pemaju projek yang kurang dikenali
- tempat yang agak berisiko kerana terdapat bukit di belakang kondo ini 
- market untuk jual semula agak terbatas kerana tak boleh kepada kaum lain
- banyak projek kondo yang terletak di area gombak sebelum-sebelum ini tak siap-siap (terbengkalai) seperti projek apartment di Taman Desa Gemilang (belakang UIA) dan Gombak Villa (ada aku tulis di posting sebelum ini) 

Aku pergi lihat tapak projek kondo ini dan sekarang diaorang dah siapkan land clearing tetapi tiada rumah contoh dibina lagi ( tak sure samada diorang nak bina ke tak). Tapi kalau tak silap aku, sebelum-sebelum ini, aku ada lalu kat tapak projek ini sebelum diorang buat land clearing ni, aku ada perasan memang dah ada papan tanda  kat tapak projek ini yang menunjukkan satu projek apartment yang sepatutnya siap dalam tahun 200X ( tak pasti). So aku syak kemungkinan projek apartment lama ini diambilalih oleh pemaju sekarang. Since aku tak berminat nak beli kondo ini, so aku malas nak contact salesman kondo ini untuk nak sahkan kemusykilan aku ni. 

Kat bawah ni aku ada letak pamphlet kondo nie..Ini aku dapat dari website (tak macam website pun) Ganda Selat Sdn Bhd tapi tak sama dengan pamphlet yang wife aku ambil dari sales booth dia



From http://gallery.gandaselat.com/index.php

From http://gallery.gandaselat.com/index.php