Showing posts with label Gombak Perdana Villa. Show all posts
Showing posts with label Gombak Perdana Villa. Show all posts

Thursday, September 23, 2010

Rumah Terbengkalai Pun Boleh Kena Lelong Ker?

pic. credit to PAH


Satu hari tue, sedang aku asyik melayan list rumah lelong, ku agak terkejut biler aku lihat ada satu apartment yang terbengkalai somewhere di area Gombak termasuk dalam list lelong tue. Tak sangka pulak rumah terbengkalai pun boleh kena lelong. Ada ker buyer nak beli rumah yang tak siap nie? Kalau adapun yang berminat, yerlah, dah tentu harga RP tue memang jauh rendah dari harga kos/harga pasaran, ada ke mana-mana bank sanggup nak bagi loan to that buyer? Macamana pulak pihak valuer nak nilai rumah tue?


Kalau korang nak tau, apartment yang terbengkalai ni dikenali sebagai Gombak Perdana Villa. Kalau korang lalu MRR2 dari Batu Caves nak ke Highway Karak, mesti korang perasan apartment ni yang terletak di sebelah kanan Petronas & Shell sebelum simpang ke Highway Karak tue. Memang nampak besar dan tinggi apartment tue. Hasil googlean aku, aku dapati harga asal apartment ni antara RM150,000 ke RM200,000 dan sepatutnya siap pada tahun 2001. Punca terbengkalai adalah dipercayai berpunca daripada kegagalan pihak pemaju sendiri. Peratusan siap adalah kurang di bawah 50% walaupun dari luar, kita boleh nampak macam dah hampir siap tapi sebenarnya kat dalam tue masih banyak belum disiapkan.


Harga RP yang ditawarkan adalah hanya RM55,000 dengan keluasan 1,117 sq feet. Lebih 60% rendah daripada harga belian asal. Kalau ada cash dan sanggup menunggu hingga projek ni disiapkan (entah berapa tahun lagilah), memang untung besar gilerlah..tapi itulah, high gain, high risk. Kalau korang nie jenis risk taker, boleh try simpan. Apartment ni dilelong semalam buat kali ketiga iaitu 23.09.2010, tak taulah kalau ada orang beli ke tak. Tapi aku percaya takkan ada orang yang sanggup beli punyalah. Aku try cari gambar dalam internet, tapi tak jumpalah, Cuma ada gambar dari laman web PAH sahaja.