Showing posts with label Hartanah. Show all posts
Showing posts with label Hartanah. Show all posts

Friday, April 13, 2012

Pengalaman Beli Rumah Lelong

First time aku beli rumah lelong ialah dalam tahun 2009. Itu kali pertama aku pergi auction house dan alhamdullilah, aku dapat gak rumah tersebut. 

Masa tue, aku try nak beli rumah lelong sebab rasa teruja bila baca blog-blog pelabur hartanah macam pie2020, faridzaswadi dan ctfarazila. Jenis rumah yang aku dapat beli ni ialah sebuah apartment yang dikenali as Pandan Lake View Apartment yang terletak di area pandan perdana, cheras. Masa aku nak beli, memang dikatakan gamble gak ler. Buat survey pun last-last minute, masa survey tengok blok yang aku nak masuk lelong nie memang nampak ngeri, sebab struktur blok nie banyak retak seribu. Tapi aku still nak masuk disebabkan harganya yang amat murah dan aku memang familiar dengan tempat ni, tempat aku duduk masa zaman belajar dulu. Unit yang aku masuk nie adalah jenis penthouse di tingkat 4, dahlah walk-up apartment pulak tue.

Aku pergi buat bank draft pun masa pagi nak masuk bidding tue. Masa tue aku masuk lelong kat ng chan mau dan bila unit aku dipanggil, rupanya ada seorang bidder lain yang turut masuk bid. Harga RP ialah Rm50k, aku lawan dan menang pada harga RM55k. Masa tue jugak aku dapat berkenalan dengan otai lelong iaitu faridzaswadi. 

Sebenarnya banyak kisah duka apabila aku beli unit apartment lelong ni. Dapat pulak lawyer yang buat kerja tak professional..sampai aku bertekak dengan lawyer yang tak reti buat kerja ni.. tobat aku nak hire firm nie lagi, ingatkan nak tolong firm bangsa sendiri tapi bangsa sendiri buat kerja tak betul. Banyak kali gak aku terkena dengan bangsa aku sendiri ni. Tapi takperlah, at least dapat gak aku belajar dari kesilapan aku nie. 

Unit yang aku beli ni dapat aku masuk lebih kurang setahun gak lak pasal owner lama tak nak keluar selagi bank aku belum buat full dirbusement kepada bank dia. Tau gak dia pasal undang-undang nie. Tapi yang lawaknya, owner lama nie boleh buat cerita lawak kat aku, cakap yang rumah dia tue berhantu la, dia ada duit rm3 juta dalam bank tapi bank negara tak kasi dia keluarkan duit tu, macam-macam gak lah cerita mengarut yang dia ceritakan kat aku. Aku layan jer lah. Yang pelik pulak tue, dia ni bujang tapi ada perempuan dengan anaknya duduk sekali dengan dia. Dia pun mengaku yang perempuan tue bukan bini dia tapi nak tolong sebab kasihankan si perempuan tue.

Aku mengucap panjang bila masuk rumah aku nie. Tak dapat aku bayangkan macamana lah diorang ni sanggup duduk rumah macam nie. Kotor dan dinding berkulat. Bilik air pun tak pernah bercuci. Banyak jugak aku kena keluarkan duit untuk repairkan rumah ni jadi elok. Lagi satu, aku nasihatkan korang supaya jangan beli rumah yang jenis penthouse nie. Takut atap tue leaking jadi macam rumah aku nie. 

Sehingga ke hari ini, dah 2 kali  penyewa yang duduk rumah aku nie. Penyewa yang pertama duduk tak sampai setahun sebab kena halau dengan aku. Nanti aku ceritakan kisah si penyewa ni dalam post kemudian. Penyewa yang kedua nie memang tiap-tiap bulan bayar awal sebelum due date. Sewa area sini dalam RM500 hingga RM700. Aku bagi sewa cuma RM500 jer sebab rumah aku nie jenis penthouse. Bayar bank RM250 dan maintenance fee cuma RM50 jer sebulan. 

Alhamdullilah, akhirnya setelah lebih kurang 3 tahun dari tarikh aku dapat rumah nie, last month aku berjaya  jual rumah ini. Sekarang ni tunggu lawyer buyer prepare SnP dan maybe lambat sedikit disebabkan lawyer aku yang benggong dulu tue tak letakkan nama aku dalam geran lagi. 

End of my story, cuma aku nak ingatkan korang, sebelum nak beli rumah lelong, baik korang persiapkan diri korang dengan ilmu dulu. Sekarang ni banyak seminar hartanah yang feenya berpatutan dan tak terlalu mahal seperti di Abangensem dan Ctfarazila. Karang korang rugi macam aku nie plak nanti. 


Contoh gambar apartment aku




Friday, April 6, 2012

Hati-Hati Dengan Maintenance Fee Yang Rendah


Aku ada terbaca satu artikel di dalam majalah Property Buyer mengenai muslihat pemaju yang meletakkan bayaran maintenance fee yang rendah bagi menarik perhatian si pembeli terutamanya bagi projek apartment dan kondominium.

Aku yakin, setiap kali kita ingin membeli unit apartment ataupun kondo, sure kita akan tanya kepada pemaju berapa maintenance fee yang akan dibayar setiap bulan? Kita akan buat anggaran samada maintenance fee yang akan kita bayar setiap bulan tue berbaloi atau tidak dengan kemudahan yang disediakan oleh pemaju. Pulak tu, kalau kita rasa yang maintenance fee tue agak murah jika dibandingkan dengan kondo-kondo yang lain, mesti kita rasa seronok giler.

Selalunya antara facilities yang ditawarkan untuk projek apartment atau kondo adalah seperti kolam renang, gym, sauna, playground, taman riadah, tennis court, clubhouse dan kawalan sekuriti. So untuk maintain kesemua kemudahan ini, maka pihak pengurusan akan mengutip maintenance fee daripada penghuni-penghuni rumah dan sebagai penghuni, sure kita akan cuba dapatkan bayaran maintenance fee yang rendah. Jadi apabila pemaju beritahu yang amaun maintenance fee yang perlu kita bayar agak menarik dengan kemudahan yang disediakan, confirm kita akan rasa tergoda untuk membeli unit di situ.

Ini yang terjadi kepada salah seorang pembeli (En. A) di sebuah kondo mewah di Mont Kiara apabila beliau berasa teruja untuk membeli sebuah unit di situ apabila mendapat tau mengenai bayaran maintenance fee yang rendah jika dibandingkan dengan kemudahan yang diberikan. Apabila projek tu siap, beliau membayar maintenance fee setiap bulan seperti yang dijanjikan oleh pemaju sehinggalah saat apabila pengurusan kondo tue dipindah daripada pemaju kepada pihak JMB. Pihak JMB membuat kira-kira dan mendapati bahawa jika dibanding antara jumlah penerimaan maintenance fee setiap bulan dengan jumlah belanja bulanan, memang akan ada defisit yang ketara di mana memang belanja bulanan melebihi penerimaan maintenance fee. Selama ini, pihak pemaju telah memberi subsidi bagi menampung defisit bulanan tersebut dengan duit syarikat pemaju sendiri ( confirm dah dimasuk sekali dengan harga jualan kondo tue).

Akibatnya, pihak JMB terpaksa membuat pilihan samada menaikkan yuran maintenance fee ataupun cuba sedaya upaya menjimatkan perbelanjaan. Jika pilihan kedua diambil, maka selama ini, lampu-lampu di taman yang dipasang sehingga lewat malam akan ditutup awal, kawalan sekuriti yang selama ini dianggap tip-top di mana guard terdiri dari orang Nepal akan ditukar kepada guard-guard yang kurang berkualiti. Jika selama ini, kolam renang dicuci setiap hari, akan hanya dicuci seminggu sekali.

Oleh itu, hati-hati dengan promosi yang diwar-warkan oleh pemaju. Jika tidak, kita akan alami kerugian seperti Encik A di atas. Jangan seronok jika maintenance fee yang kita anggap murah semasa membeli akan terus kekal selama-lamanya.

Thursday, April 5, 2012

Rumah-Rumahku


Pertama kali aku datang ke KL masa tu dalam tahun 1997 biler aku dapat sambung belajar di sebuah kolej di Tmn Shamelin Perkasa, Cheras. Biler dah habis belajar, dapat kerja plak kat sini. So kiranya dah lebih kurang 15 tahun aku bermastautin di KL, dan sepanjang dalam tempoh tue jugak, banyak juga aku berpindah randah dari zaman bujang hinggalah ke zaman jadi bapak orang ni.

Tapi aku malas nak citer rumah-rumah yang aku pernah duduk masa zaman bujang dulu, mungkin next posting baru aku citerkan. Kali nie aku nak citer rumah-rumah yang aku duduk masa kahwin hinggalah sekarang. Banyak kenangan yang aku kutip semasa duduk di rumah-rumah tersebut. Bila aku kira, rasanya dah empat kali aku berpindah rumah ni selepas berkahwin.

Rumah pertama aku duduk ialah di Kampung Tengah Gombak dekat dengan Taman Harmonis. Taman Harmonis tue banyak rumah-rumah orang kaya seperti Dato Masitah Ibrahim & Allahyarhamah Sosilawati. Memandangkan baru kahwin, aku & wife aku hanya mampu menyewa rumah di situ dengan sewa bulanan sebanyak RM500. Jenis rumah sewa aku ni merupakan rumah teres 2 pintu. Ada 2 bilik tidur dan 1 bilik air. Tapi yang tak best rumah ialah kawasan persekitaran yang agak menyeramkan kerana terdapat belukar di belakang rumah aku ni.

Tak sampai 6 bulan kat situ, kami berpindah ke rumah baru. Tak jauhpun, selang 3 buah rumah jer dari rumah lama. Cuma yang bestnya, dekat dengan jalan dan rumah lagi besar. Sewa cuma bertambah dari RM500 ke RM600. Kat sini aku duduk lebih kurang 2 tahun sebelum berpindah lagi.

Masa duduk sini, aku ada beli sebuah kondo di Taman Melati, Setapak. Cadang nak duduk tapi bila memikirkan saiz kondo tu yang besar ( 1350 sq,4 bilik, 2 bilik air) dengan saiz keluarga aku, aku decide bagi sewa jer. Kondo nie pun aku dah jual 4 tahun lepas. Aku rasa selesa duduk di sini tapi aku decide kena pindah biler rumah aku ni dipecahmasuk oleh pencuri.

Trauma kami sekeluarga bila rumah kena pecahmasuk. Kami memang bersyukur kerana pencuri tak mengejut kami dari tidur, kalau tak, mahu kami kena ikat. Ini kerana pencuri tue dah puas hati bila dapat curi laptop dan kamera digital yang berada di ruang tamu. Bila aku bangun tidur nak pergi kerja baru perasan barang-barang tersebut dah hilang. Masa buat laporan polis, aku dapat tahu ada 2 rumah lain di lorong yang sama kena juga dipecahmasuk.

Disebabkan tu, kami decide nak pindah sebab trauma. Lepas kena rompak, barulah owner rumah sewa aku tue pasang grill tingkap. Kebetulan, member office wife baru pindah ke rumah apartment yang baru siap. Dia beritau ada lagi beberapa unit yang masih dijual. Aku pergi tengok apartment tu dan berkenan sebab walaupun apartment, tapi kemudahan macam kondo. Ada swimming pool, sauna dan gym dan low density. Memang dah jadi rezeki, tinggal satu unit je yang developer belum dapat jual lagi. Nama apartment ni ialah Apartment Villa Danau, Taman Danau Kota. Apartment ni sebenarnya dah terbengkalai lebih 5 tahun sebelum siap dalam tahun 2007. Aku beli dengan harga RM190k dan market value sekarang kalau tengok dalam Mudah.my ialah RM350k ke atas.

Apartment aku duduk nie memang strategik. Dekat sangat nak jalan kaki pergi Uptown Danau Kota dan Festival City Mall. Lagi satu, kedudukannya agak jauh dari jalan utama, so tak dengarlah bunyi bising kenderaan dan bunyi bising Uptown tue. Cuma yang tak bestnya, unit aku duduk nie tingkat satu dan apartment nie tak ada kemudahan lif. Lagi satu, parking kereta tak berbumbung. Bila anak dah masuk 2 orang dan anak sulung aku nak masuk sekolah, my wife mengadu susah nak handle anak-anak kalau hari hujan sebab parking keta agak jauh dan tak berbumbung. Aku plak pagi-pagi kena keluar awal pasal office aku agak jauh.

So kami decide nak pindah rumah teres yang dekat dengan sekolah dan kawalan keselamatan yang bagus. Di area gombak nie, yang aku nampak ialah di Taman Mutiara Gombak yang dekat batu 6 Jalan Gombak. So tengok dalam iklan mudah, ada satu dua iklan tapi semuanya dah selamat disewa. Then kami pergi survey Taman Mutiara Gombak nie dan memang tempat nie menarik disebabkan taman ini berkonsep gated dan guarded. Sewa dalam lingkungan RM1500-RM1600. Nak beli memang tak mampu sebab market value dah melebihi RM600k. Dari bayar kat bank dalam RM3000 sebulan (kalau loan RM600k) baik kami menyewa sahaja. At last, kami dapat gak sewa rumah kat sini dan mula berpindah dalam bulan November 2011. Anak aku nak pergi sekolah pun tak jauh, tak sampai 300 meter pun jarak sekolah dari rumah aku.

Selepas nie, aku tak tau ke mana pulak akan kami berpindah. Kalau boleh, aku nak balik kampung aku kat Taiping pasal aku pun dah boring duduk di KL nie. Dah lebih 15 tahun dah di KL. Tapi itulah, belum ada rezeki lagi. Insya Allah, doa aku nie akan diperkenankan suatu hari nanti.