Wednesday, August 25, 2010

Berbuka Di Restoran Sup Kaww

Semalam aku dengan bebudak ofis aku pakat nak makan kat luar. Cadang mula-mula nak berbuka di Kuang BarbequeLand tapi sebab dah full booking, so kitaorg tukar venue kat Restoran Sup Kaww kat SS6, Kelana Jaya, betul2 sebelah Giant & Station Minyak Shell.

Sebenarnya, kitaorg semua baru first time nak pegi makan restoran ni..semuanya tak pernah pegi pun before this. Dapat tahu tentang restoran ni pun melalui google search.

Kitaorg sampai lebih kurang jam 6 ptg..tgk tak ramai pun orang tapi suasana tempat dia agak menarik gaklah dan tak kotor. Disebabkan restoran ni popular kerana sup kawnya, maka kitaorg pun decide untuk order sup kaw seedtiap seorang. Yg sorang lagi order sup ekor jer. Aku pulak tambah order satu set asam pedas sebab nampak menarik dia punya presentation kat dalam menu dia tue.

Biler sampai order, semuanya terkejut biler tengok saiz sup kaww.. memang confirm dalam hati takkan boleh habis. Itulah pasal, punyalah tamak dan tinggi sangat nafsu. Tapi aku berjaya gak habiskan, yg lain tue tapau buat makan sahur. Tapi sup dia aku kira best gaklah dan tak rasa macam sup mamak. Dia punya content pun tak kedekutlah,penuh dengan daging,perut & ekor.

Tapi other than dia punya sup, semuanya boleh dikatakan biasa-biasa jer tapi ikan pari asam pedas dia memang totally failed. Tak sebijikpun mcm presentation dalam menu dia tue...memang kosong, takde langsung sayur bendi ker atau sayur lain. Dia punya rasa aku tak boleh nak cakap,memang bukan rasa asam pedas tapi rasa mcm kurang asam
punya tukang masak yang tak reti memasak ni.

Overall, aku tengok tempat nie oklah tapi since kat area SS6 ni terlalu banyak kedai-kedai makan, so tak ramai yang datang makan kat restoran ni. Next time, kalau aku datangpun maybe untuk makan sup dia je. Tang harga, aku rasa oklah iaitu tak mahal sangat dan tak murah, kira bolehlah.

Bilik surau pun ada disediakan kalau nak semayang. Lebih kurang jam 9.30 kitaorg cargas balik. Letih punya pasal, sampai aku tak bersahur pagi ni...tue yg rasa maleh nak buat kerja ni.





No comments:

Post a Comment