Sunday, August 29, 2010

Stucked Di Lane Touch & Go

Seperti biasa, aku akan lalu Highway DUKE untuk ke office aku dan selalunya aku akan guna Smart tag untuk bayar tol tapi disebabkan bateri Smart tag aku tu dah nak kong..so aku pun guna ler laluan Touch ‘N’ Go untuk bayar tol.
Aku ingatkan kereta selalu tersangkut di laluan Smart Tag sahaja..yerlah, kadang2 sebab driver tu bawa laju sampai reader tol tu tak boleh baca dia punya Smart Tag. Kalau korang perasan, memang selalu ada jer kereta yang tersangkut di laluan Smart Tag tue.. so memang dah jadi benda tak pelik bagi aku dah yang selalu guna laluan Smart Tag ni.
Tapi hari ni first time aku tengok ada kereta tersangkut kat laluan Touch ‘N’ Go. Aku pun tak tau sebab apa kereta tu boleh sangkut…aku tengok driver kereta tu keluar dan pergi ke kereta belakang (btw, kereta aku no 2 dibelakang kereta yang tersangkut tu). Aku nampak dia bagi duit kat mamat kereta belakang tue dan pinjam Touch ‘N’ Go mamat tue. Ishh, kalau aku mungkin tak bagilah kat mamat yg kereta tersangkut tue, takut selamba jer dia terlupa dan terus blah lepas touch kad Touch ‘N’ Go aku tue nanti.
Aku pun tak nak buang masa aku , terus aku tukar lane aku.. dan aku tengok mamat kereta yang tersangkut tue berhenti jap lepas touch kad Touch ‘N’ Go, untuk pulangkan balik kepada owner asal kad Touch ‘N’ Go tue.
Dari pandangan mata aku nie, kalau aku sendiri tak confident ada berapa balance dalam kad Touch ‘N’ Go aku tue, better pegi jer lah kat lane Tunai. Lagipun, jam pun belum pukul 7 pagi, memang tak jem pun semua kaunter-kaunter tol tue. So untuk berprasangka baik , aku ingat mamat tue mungkin mamai ataupun dia baru perasan yang dia tertinggal kad Touch ‘N’ Go kat rumah dia kot.

No comments:

Post a Comment