Tuesday, October 12, 2010

Peluang Kerjaya Di LHDN

Minggu ni aku tersangat bz sangat maleh nak buat entry baru... cuma aku nak war-warkan kepada sesiapa yang berminat untuk bekerja dengan LHDN, ada peluang kerjaya ditawarkan baru-baru ini.



TARIKH IKLAN : 11 Oktober 2010


JAWATAN

A1 - Penolong Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat)
Gred 31
(1 Kekosongan)

B1 - Pembantu Tadbir (Penaksiran) Gred 21
(39 Kekosongan)

B2 - Pembantu Tadbir (Perkeranian) Gred 21
(19 Kekosongan)

B3 - Pembantu Tadbir (Perpustakaan) Gred 21
(1 Kekosongan)

B4 - Pembantu Tadbir (Kejuruteraan) Gred 21
(4 Kekosongan)

B5 - Pembantu Tadbir (Juruteknik Komputer) Gred 21
(28 Kekosongan)

B6 - Pembantu Tadbir (Operator Komputer) Gred 21
(3Kekosongan)

B7 - Pembantu Tadbir (Keselamatan) Gred 21
(24 Kekosongan)


KELAYAKAN

A1

Memiliki diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
ATAU

Memiliki diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

DAN

Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.70 dan ke atas bagi diploma yang berkenaan. Bagi pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang tidak memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) 2.70, pegawai hanya layak memohon sekiranya telah berkhidmat 5 tahun dan ke atas;

DAN



Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


B1

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut ;
ATAU

Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat pertengahan (Simpan Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

ATAU
Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

ATAU
Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau sijil penyimpan kira-kira dari politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
DAN

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


B2/B3

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut ;

DAN

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


B4

Sijil dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dari politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

DAN

Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

B5/B6

Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
ATAU

Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan dari politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

ATAU

Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan dari politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

DAN

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


B7

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut ;

ATAU

Bekas anggota polis atau tentera yang berpangkat Koperal dan ke atas dan telah disahkan dalam perkhidmatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
DAN

Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-

a. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53 bagi wanita tanpa bersepatu;

b. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

c. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);

d. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap; dan

e. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.


* Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

Bagi pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am adalah layak dipertimbangkan oleh LHDNM untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir Gred 21 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-

a) mempunyai kelayakan akademik seperti di atas; atau

b) lulus peperiksaan khas yang ditetapkan (bagi bidang Penaksiran/ Perkeranian yang mana berkenaan);

c) berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.

BIDANG TUGAS

A1

Membantu Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat) Gred 41 untuk mengkaji kemungkinan memperbaiki kecekapan program komputer yang sedia ada.

Membantu dalam membuat persediaan untuk melaksanakan sistem aplikasi komputer seperti latihan kepada pengguna, peralihan dan operasi serentak.

Membantu dalam penyediaan infrastruktur komputer bagi setiap projek yang dirancang.

Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan komputer peribadi di semua cawangan LHDNM.


B1

Mendaftar dan menyelenggarakan fail Cukai Pendapatan dan menyemak indeks ke atas pelbagai dokumen yang diterima.

Memberi khidmat nasihat kepada pembayar cukai di kaunter atau melalui telefon.

Membantu operasi Banci Bisnes dalam lawatan ke premis-premis perniagaan.

Membantu mengeluarkan bil kompaun dan daftar kes saman .


B2

Mengendalikan urusan buku perkhidmatan dalam merekodkan perubahan dan pertambahan maklumat perkhidmatan dan rekod cuti pegawai.

Mengurus dan mengemas kini fail-fail am pentadbiran dan kewangan.

Mengemas kini maklumat pegawai dalam Sistem Maklumat Sumber Manusia dan statistik perjawatan bulanan.

Membantu dalam semua hal ehwal pembayaran gaji, elaun, tuntutan perbelanjaan, baucar bayaran dan urusan inventori dan aset jabatan.


B3

Membuat kerja-kerja merekodkan bahan seperti buku, akta, terbitan bersiri, koleksi khas, laporan tahunan, CD, gambar, tesis, kertas kerja seminar, nota kursus dan sebagainya

Melakukan tugas-tugas kaunter (menjawab pertanyaan rujukan, urusan pinjaman dan pemulangan bahan, tempahan, e-mel makluman kepada pengguna dan menyusun kad pinjaman.
Membuat kerja-kerja memproses bahan seperti menaip kad katalog, kad pinjaman, poket, label dan juga melabel bahan.

Mengemas kini maklumat bibliografi koleksi Pusat Sumber ke dalam sistem perpustakaan.


B4

Memantau dan mengawal selia kerja-kerja pengubahsuaian, pembaikan dan penyelenggaraan awam untuk ruang pejabat atau bangunan LHDNM.

Menerima, memeriksa dan menguruskan semua aduan kerosakan berhubung kerja-kerja elektrik dan lain-lain tugas yang diarahkan.


B5

Bertanggungjawab mengendalikan semua urusan penyelenggaraan sistem peralatan komputer.


Bertanggungjawab mengendalikan urusan penyelenggaraan aplikasi peralatan komputer.
Bertanggungjawab mengendalikan urusan Operasi Sistem Komputer.
Membantu mengurus urusan dan proses penyelenggaraan komputer / mesin cetak / peralatan yang masih dalam tempoh jaminan dengan pembekal / petender yang berkaitan dengan urusan Rundingan Terus / Tender.

B6

Menjalankan kerja-kerja Batch Job INTACTSG, STS & Adhoc mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Menjalankan kerja-kerja ‘backup’ harian dan mingguan secara robotik atau manual dalam masa yang ditentukan.
Menjalankan kerja-kerja pemindahan data (FTP), petikan data dan mengeluarkan ‘output’ serta cetakan laporan mengikut keperluan semasa.
Bertugas sebagai ‘Help Desk’ bagi pihak JTM dan menyalurkan segala laporan kerosakan atau masalah kepada pihak yang bertanggungjawab melalui Sistem Help Desk Automasi Pejabat.

B7

Membantu memantau disiplin anggota keselamatan.

Membantu menyelaras, mengatur, merancang dan mengendalikan latihan untuk pegawai dan anggota keselamatan LHDNM.

Mengawal selia tugas-tugas kawalan keselamatan di Ibu Pejabat dan cawangan-cawangan LHDNM.

Mengawal selia dan memantau penyimpanan dan pergerakan senjata api dan peluru.


KRITERIA YANG DIPERLUKAN


ü Berdaya saing, asertif, pemikiran kritis, dinamik serta matang.
ü Bertanggungjawab, proaktif, daya inisiatif yang tinggi dan kemahiran interpersonal yang baik.
ü Kebolehan bekerja secara berkumpulan, kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Berkemahiran dalam bahasa etnik seperti Mandarin, Tamil dan bahasa lain adalah satu kelebihan.
ü Aktif dalam kegiatan luar terutama dalam bidang sukan, seni mempertahankan diri dan pasukan beruniform.




GAJI

Skim Gaji Jawatan :

A1
RM1998.00 – RM4950.00

B1 – B7
RM1370.00 – RM3417.00



FAEDAH


LHDNM menawarkan faedah yang menarik kepada kakitangannya seperti kemudahan cuti rehat, rawatan perubatan dan pergigian, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman komputer, peluang membina kerjaya, kursus-kursus untuk kemajuan diri dan kemudahan sukan dan rekreasi.

CARA MEMOHON


Permohonan dari calon-calon luar LHDNM (termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan) hendaklah dibuat melalui Laman Web JobsMalaysia (Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsmalaysia.gov.my .

Permohonan dari calon-calon pegawai LHDNM yang masih berkhidmat (bertaraf Tetap, Kontrak dan Sambilan) hendaklah dibuat melalui melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL http://kerjaya.hasil.gov.my/eKerjaya .

Semua permohonan tidak perlu dicetak/di pos ke LHDNM.

Nama calon-calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dipamerkan di Laman Web LHDNM dan akan dimaklumkan melalui surat. Pemohon juga digalakkan sentiasa menyemak melalui Laman Web LHDNM untuk mengetahui maklumat berkenaan.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN


25 Oktober 2010

3 comments:

  1. bro.... gua mau mohon jadi driver , ada tak bro?

    ReplyDelete
  2. ape bidang tugar pembantu tadbiar (operator komputer) tu sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. ade tawaran kje trkini ke kat lhdn 2014?pyah betul kat jobstreet...pyah dpt jwapan...

    ReplyDelete