Thursday, February 17, 2011

Wanted Vehicles


Hari ini aku terbaca sebuah iklan di dalam suratkhabar The Star. Iklan ini selalu ada dipaparkan di dalam akhbar iaitu iklan mengenai kenderaan-kenderaan yang dikehendaki kerana masalah tunggakan bayaran…biasalah, aku pun kadang-kadang pun terlewat sebulan dua lagi2 kalau kena bulan renew roadtax & insuran, memang sakit sikitlah bulan tue…


Iklan Vehicles Wanted kat The Star

Apa yang menarik perhatian aku mengenai iklan tue hari ni, pasal aku tengok kebanyakkannya kereta-kereta yang dikehendaki oleh iklan tersebut merupakan kenderaan-kenderaan mewah dan masih baru jika dilihat daripada nombor pendaftaran kenderaan2 tersebut. Antara model2 kereta yang dikehendaki tue termasuklah BMW, Mercedes, Nissan Fairlady, Nissan Murano, Toyota Alphard, Estima, Wish dan yang paling aku terkejut ialah sebuah Ferrari F430. Yang paling aku tak tahan nak gelak, biler aku tengok no plate kereta Ferrari ni.. tak sampai setahun lagi keta tue, aku rasa mahu 2-3 bulan jer kereta tue, No platenya WUR 40. Apa lah kena dengan owner keta ni, boleh bayar downpayment takkanlah tak boleh bayar ansuran bulanan. Confirm owner ni ada masalah kewangan yang kritikal nie.. Ada sebuah Bentley Continental yang nombor platenya WUL 4243 pun termasuk dalam list wanted ni gak..


Itulah masalahnya biler nak berbelanja mewah sampaikan tak termampu nak bayar kat bank.

contoh gambar Ferrari F430

contoh gambar Bentley Continental

No comments:

Post a Comment