Monday, February 21, 2011

Survey Rumah Lelong Cyber Jaya

Last 2 weeks, aku dengan member aku ada pergi buat site survey untuk satu rumah lelong kat cyberjaya. Harga reserve untuk kondo ni RM320k dan merupakan lelongan untuk kali ketiga. Biler aku buat online survey, aku tengok market value kondo tu sekitar RM400k ke atas. Nama kondo tue ialah Cyber Heights Villa. Kondo tu pun sebenarnya dah agak lama gak la, siap pada tahun 2004-2005 rasanya. Kondo ni pun macam rumah apartment aku jer, setiap blok ada 4 tingkat dan tanpa lif.

Unit lelong ni berada di tingkat bawah. Itu yang cunnya. Standard sewa bagi unit kosong sekitar RM2000 ke atas. Sini nak bagi sewa memang senang, demand tinggi khususnya student foreigner. Disebabkan aku punya komitment hutang aku agak tinggi, aku pun ajak 2 orang ofismate aku JV. So hari khamis 2 minggu lepas aku dengan budak ofis aku pun pergilah tengok kondo tue

Kondo tue betul2 berhadapan dengan Sekolah Sri Puteri dan bersebelahan dengan tasik putrajaya. Pak guard senang je bagi kitaorang masuk. Kitaorang pergi management office dan tanya baki tunggakan maintenance..aku dalam hati agak mesti banyak giler tak bayar ni. Tup2 memang betul, baki tunggakan unit ni lebih RM20k. memanglah bank cover, tapi nak bayarkan dulu tue tak larat tue. aku pun tau yang kita boleh push bank bayarkan tapi kot2 bank lembap, kita gak kena bayar dulu.

Unit tue aku tengok tak berkunci sebab tombol pintunya dah kena pecah. Tapi dalamnya memang besar dan tak perlu major repairpun, just buang sampah sarap jer. Botol arak pun banyak bersepah dalam tue. Aku pergi tanya jiran sebelah unit tue, orang melayu kitalah. Dia beritau yang unit tue dah lebih kurang setahun tak berpenghuni dan last tenant ialah student middle east. Akak tu bagitau husband dia beli umah ni masa lauching dulu lebih kurang RM300 lebih gak. Banyak surat2 dalam mailbox, dan aku check tunggakan cukai pintu dah lebih RM7 ribu. Habis ushar unit tue, aku pergi tengok clubhouse kondo ni plak. Nak ke clubhouse ni kena naik keta gak pasal jauh, nak menapak memang sakit kakilah jawabnya. Unit yg aku tengok ni berhampiran dengan playground.

Kebetulan kat clubhouse tue, developer ada launching new block. Harga starting daripada RM400k ke atas dan still tak ada lif. Aku sembang dengan salesman situ, dia beritau yang last month ada satu unit yang facing lake dapat jual pada harga RM600k. Dia pun beritahu gak tentang future project yang diaorang cadang nak launch pada tahun ni gak, new project ni merupakan kondo melebihi 5 tingkat dan ada lif. Harga yang dicadangkan mungkin melebihi RM700k.

Masa aku tengok pool kat clubhouse ni, adalah 2-3 orang minah middle east yang tengah swimming dan pakai 2 piece . Mau terjojol biji mata aku nie tengok diorang, tambah2 lagi diorang tue awek middleeast, kulit putih giler babilah. oh ya, gambar2 untuk kondo nie aku dah delete dalam handphone aku semalam. tapi kalau nak tengok gambar kondo tue just click kat sini

At the end of the day, aku dengan member aku decide nak masuk bid tapi kitaorang ingat nak tunggu the next auctionlah, pasal memikirkan tunggakan maintenance dan cukai pintu yang tinggi tue. Tarikh auction tu pada hari Khamis lepas iaitu 18.02.2011, hari jumaat aku call office auctioner, diorang bagitau unit tue dah berjaya dilelong. So memang agak menyesal gak lah.. bukan rezeki kitaorang. Kalau aku boleh buat loan, dah memang aku masuk bid unit tue, tapi since nak pakai nama member, tue yang tak masuk bid tue. So kena selak balik paper, cari rumah lelong lain plak.

8 comments:

  1. Rumah mahal haram takde lif...aparaaa

    ReplyDelete
  2. pergh...tinggi giler market value rumah kat sana

    ReplyDelete
  3. cuber Cyberia Crescent kot2 boleh dapat below 210K. on feb and mac ada a fews unit yg di lelong paling tinngi RP dia 214k.

    ReplyDelete
  4. best ke melabur kat cyberjaya?

    ReplyDelete
  5. @Syah: kebanyakan unit tue banyaknya bumi lot.. payah nak jual nanti
    @ben: based on my personal opinion, memang best kalau melabur kat cyberjaya lebih2 lagi bile SP Setia dah mula start melabur kat sini

    ReplyDelete
  6. 1Malaysia semua...

    Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

    Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

    Kalau berminat, sila layari :

    (Versi English)
    http://tinyURL.com/UinvestWorld


    (Versi Melayu)
    http://PelaburanHartanah.blog.com


    ( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


    Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

    Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

    ReplyDelete
  7. Saya nak tanya: bolehkah jual rumah kpd isteri sendiri guna 1 peguam dan kalau ada tunggakan cukai pintu, bolehkah saya bayar selepas ada cash jual kpd isteri saya?...
    Loan isteri guna bank swasta... adakah lepas walaupun rumah yang nak dibeli ada tunggakan cukai pintu?.. mohon penjelasan syam_mielah@yahoo.com

    ReplyDelete