Tuesday, March 22, 2011

Setapak Lake City Phase 3 For Sale


Aku ada beli satu unit kondominium kat Taman Danau Kota, Setapak masa 2 tahun lepas. Kondo ni di bawah projek syarikat Victory Platinum Sdn Bhd yang terkenal dengan projek-projek kondominiumnya di sekitar Taman Melati, Setapak dan Taman Danau Kota, Setapak. Projek yang kat Taman Melati tue adalah freehold manakala kat Taman Danau Kota ni adalah leasehold. Aku ada beli satu unit kat Taman Melati dulu dan aku pun dah jual kondo tue .. adalah dapat untung sikit.


Projek Lake City kat Danau Kota ni kesemuanya sampai Phase 5 kalau tak silap aku. Untuk phase 4 dan phase 5, kesemua unit dah sold out. Sekarang ni diorg tengah soft lauching phase 6 tapi phase 6 ni tak duduk setempat dengan taman danau kota, lokasi phase 6 terletak berdekatan dengan Sekolah Antarabangsa Sri Utama… tapi still tak jauhlah dari taman danau kota. Masa aku pergi tengok showroom last week, kesemua unit dah fully booking. Harga starting ialah RM360k bagi unit yang bersaiz 1,313 sq.


Untuk phase 3 ni, dijangkakan projek ni akan siap dalam bulan 6 ni, Insyallah. Since aku tak berminat nak duduk kondo ni dan lagipun memang aku plan nak buat investment, so aku ingat nak terus jual bila dapat kunci nanti. Antara kemudahan yang ada di sini ialah sebuah Hospital Asia Columbia (under construction), new shopping mall iaitu Festival Mall dan sekolah2 yang hanya terletak seberang jalan jer. Di samping tu, new office lots iaitu projek Crystal Ville yang terletak bersebelahan juga dah siap dan Setapak Mondrian iaitu lebih kurang macam shopping mall jugak hampir siap. Malahan, hypermarket Tesco juga dikatakan akan dibina di situ..tapaknya dah ada cuma construction belum start apa2pun.


Unit yang aku beli nie mempunyai keluasan 1,500 sq dan ada 4 bilik tidur dgn 2 bilik air. Parking lot ada 2. Selain tue, ada swimming pool dan playground pun ada gak. Kalau nak lagi specifik, cuba ushar kat link ni http://www.platinumvictory.com/lakecity3.html . Harga yang aku letak ialah RM420k tapi still negotiable. Agent is not welcomed.

2 comments: