Wednesday, May 25, 2011

Rumah Lelong. Boleh Saman Bank Kalau Owner Asal Enggan Keluar

Setau akulah, walaupun aku baru sekali jer beli rumah lelong, urusan untuk menghalau sesiapa yang mendiami rumah lelong yg kita berjaya beli tue adalh atas urusan kita sendiri. Maknanya, kita kena ambil tindakan sendiri untuk menghalau owner asal atau penyewa yang mendiami rumah lelong tue samada secara cara sendiri ataupun melalui tindakan undang-undang. Tapi bila baca paper utusan hari ini, Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) menasihati agar pembeli rumah lelong supaya menyaman pihak bank pelelong apabila owner asal rumah lelong tue enggan keluar. Menarik gak, kita tunggu jer lah the next episode apa akan jadi pada kes ini. Pada pendapat aku, susah nak menang sebab ikut terms & conditions dalam POS memang ada mention rumah itu dilelong “as is where is basis”. Artikel tue korang boleh baca seperti di bawah:

Tribunal arah pembeli saman pihak bank

TERKEJUT seorang lelaki apabila rumah yang baru dibeli, masih didiami oleh pemilik asal.
Itulah yang dialami oleh Yap Chee Tiong apabila membeli sebuah rumah yang telah dilelong oleh Public Bank Bhd. cawangan Tanah Merah, Kelantan.
Dia bukan sahaja hampa tatkala hendak memasuki rumah itu malah berdepan masalah pemilik asal enggan keluar dari rumah tersebut.
Kecewa dengan keadaan itu, dia memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) bagi menuntut haknya yang telah dinafikan selain terpaksa membayar ansuran bulanan pinjaman rumah berkenaan.
‘‘Pada 5 Oktober tahun lalu, saya membeli sebuah rumah yang dilelong dengan harga RM108,000 daripada Public Bank tetapi apabila mahu pindah masuk, pemilik asal masih menghuni rumah tersebut.
‘‘Apabila perkara tersebut dirujuk kepada pihak bank, mereka menjelaskan tidak mempunyai hak menyuruh pemilik asal keluar dan meminta saya sendiri menguruskannya,’’ katanya pada prosiding TTPM di Kota Bharu, baru-baru ini.
Sementara itu, wakil bank berkenaan yang hadir di tribunal tersebut berkata, mereka telah dinasihati oleh peguam agar tidak mengambil tindakan terhadap pemilik asal.
Ini kerana, menurut wakil tersebut, berdasarkan syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian jual beli rumah terbabit, urusan itu sepatutnya diselesaikan oleh pemilik baharu.
Presiden TTPM, Reihana Abd. Razak yang jelas tidak berpuas hati dengan keterangan wakil bank itu menasihatkan penuntut membatalkan tuntutannya di TTPM, sebaliknya mengambil tindakan sivil ke atas bank berkenaan kerana menafikan haknya.
‘‘Pada pendapat saya, peguam yang dimaksudkan itu memberi nasihat yang salah kerana dalam kes ini penuntut membeli sesuatu tetapi tidak mendapat hak sepenuhnya.
‘‘Sedangkan dia terpaksa menanggung bayaran pinjaman dan mungkin juga masih membayar sewaan rumah yang terpaksa didudukinya sekarang,’’ jelasnya.

16 comments:

  1. mmg susah kalo dpt rumah lelong yg org lame susah nk keluar dari rumah mcm kes ni

    ReplyDelete
  2. Setau saya sebelum kite nk beli rumah lelong ni, kita kena periksa sendiri keadaan rumah samada kosong atau tidak kerana syarat tu memang ade dlm POS..kt front page.

    ReplyDelete
  3. setahu sya kita wat report kt pihak kuasa sahaja, pencerobohan menceroboh... kita ada undang2

    ReplyDelete
  4. buat court order la. nanti polis sendiri yang akan halau owner asal.

    ReplyDelete
  5. boleh ke kalau kita report polis terus jer??? polis halau tak?

    ReplyDelete
  6. si mamat ni tak berapa clear sangat pasal undang undang..
    nak saman pihak bank atas alasan apa ?

    kena tgk dari kacamata legal pula..
    memang secara kasar, rumah itu telah menjadi milik kita tetapi......

    ReplyDelete
  7. salam sahabat sekalian....
    kedatangan saya terpanggil kesini oleh kerana isu pertikaian yang tiada tindakan selma ni..dengan pihk bank yg berleluasa menindas kita rakyat malaysia..
    kekejaman pihak bank , sikap tidak berperikemanusiaan merampas harta rakyat..
    kepada sahabat semua... tolong sampaikan berita gembira kepada sahabt yang lain yg tertekan dengan kehendak dan paksaan pihak bank supaya hubungi saya..Tegas dalam mempertahankan prinsip keadilan dan keutuhan undang-undang berdasarkan fakta-fakta yang seimbang
    cth pertikaian:
    Contohnya seperti melanggar kontrak / perjanjian bertulis atau menuntut kerugian kerana kehilangan hak keatas suatu harta alih atau tak alih. Menyebabkan kerosakan / kerugian dalam perniagaan akibat perbuatan / kecuaian orang lain. Salah- laku pengurusan menyebabkan kerugian kewangan yang bukannya akibat pecah amanah. Tuntutan pampasan pekerja, perlindungan insuran diri, kesihatan dan kemalangan akibat musibah dan kecuaian pihak lain. Tuntutan bayaran pembinaan atau pengubahsuaian, pembangunan projek bangunan, jalanraya dan jambatan atau kerugian kerana pembelian barangan yang rendah mutunya atau bekalan yang diterima adalah palsu boleh jiga dirujuk. Selain itu pertikaian mengenai dagangan, perkapalan dan khidmat kargo, penerbangan dan pelancongan yang melanggari apa-apa syarat, perjanjian atau tawaran

    kami " PENGGUNA DI KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA YANG MENGHARAPKAN “ KEADILAN BUKAN SAHAJA DILAKSANAKAN, TETAPI DI PASTIKAN TERLAKSANA .”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm.can i get your contact number. I having issue with bank and looking an advise and lawyer too. Can get me012-6837139 sue. Tq

      Delete
  8. AGENT,,,PELELONG,,,MAHKAMAH,,,PENILAI,,,BANK.,,PEGUAM,, dan yg sewaktu dgnya dapat komisen hasil dari lelogan awam ni!!!!.lelongan awan di mahkamah tinggi atau laca...tidak memihak kepada pembida....dan pemilik..memang kalau kita lihat dlm kes ni seolah olah pemilik rmh tu salah tetapi dimalaysia ni dia masih ada peluang utk pertahankan hak nya walaupun hartanah tu dh di transfer kepada pembida yang berjaya,so saya cadangkan pembida dan pemilik lama perlu melantik peguam untuk menyelasaikan perkara ini.....kekadang bukan salah pembida dan pemilik lama,,,ianya boleh berlaku dari kelalaian pehak tertentu,seperti peguam bank,pegawai bank,hakim,,,dll..so amat penting ambil peguam utk perhalusi decoment decoment yang di keluarkan ,procedure,,,dll.jgn bimbang anda boleh saman bank,peguam bank dll jika didapati cuai...so jgn pening pening....DI MALAYSIA RUMAH LELONG BKN MUTLAK PEMBIDA WALAUPUN DAH TRANFER!!!!

    ReplyDelete
  9. Saya tertarik dengan apa yg ditulis oleh saudara Zaid Musa.

    Sekiranya kita telah berjaya membeli rumah lelong melalui saluran yg betul dan semua bayaran telahpun dibuat kpd pihak bank tetapi pemilik asal enggan keluar dari rumah tersebut dengan alasan mereka dlm proses untuk memfailkan saman kepada pihak bank kerana membuat lelongan dgn tidak mengikut prosedur yg sepatutnya, bolehkah kita sebagai pembeli baru membuat pembatalan pembelian rumah tersebut?

    ReplyDelete
  10. padan muka,beli rumah lelong, biarlah bank bankrap,kau pembeli rumah lelong, pun nk mudah senga

    ReplyDelete
  11. padan muka,beli rumah lelong, biarlah bank bankrap,kau pembeli rumah lelong, pun nk mudah senga

    ReplyDelete
  12. padan muka,beli rumah lelong, biarlah bank bankrap,kau pembeli rumah lelong, pun nk mudah senga

    ReplyDelete
  13. rumah dh kena lelong..lelongan lebih dari hutang bnk..hampir setahun rumah dh dilelong..tapi baki lebihan masih belum diterima oleh pemilik asal..so saya minta pencerahan daripada yg mahir bab ini..terima kasih

    ReplyDelete
  14. Tumpang lalu sahabat..saya nak tanya klu rumah kita di lelong dgn harga contoh Rm100.000 tetapi baki hutang kita dgn pihak bank ada sebanyak Rm60.000..sebelum di lelong...ada kah pemilik rumah yg di lelong ada hak untuk menuntut wang lebihan dari lelongan tersebut sebanyak Rm40.000?Dari hamba Allah yg tertekan...

    ReplyDelete