Thursday, April 5, 2012

Rumah-Rumahku


Pertama kali aku datang ke KL masa tu dalam tahun 1997 biler aku dapat sambung belajar di sebuah kolej di Tmn Shamelin Perkasa, Cheras. Biler dah habis belajar, dapat kerja plak kat sini. So kiranya dah lebih kurang 15 tahun aku bermastautin di KL, dan sepanjang dalam tempoh tue jugak, banyak juga aku berpindah randah dari zaman bujang hinggalah ke zaman jadi bapak orang ni.

Tapi aku malas nak citer rumah-rumah yang aku pernah duduk masa zaman bujang dulu, mungkin next posting baru aku citerkan. Kali nie aku nak citer rumah-rumah yang aku duduk masa kahwin hinggalah sekarang. Banyak kenangan yang aku kutip semasa duduk di rumah-rumah tersebut. Bila aku kira, rasanya dah empat kali aku berpindah rumah ni selepas berkahwin.

Rumah pertama aku duduk ialah di Kampung Tengah Gombak dekat dengan Taman Harmonis. Taman Harmonis tue banyak rumah-rumah orang kaya seperti Dato Masitah Ibrahim & Allahyarhamah Sosilawati. Memandangkan baru kahwin, aku & wife aku hanya mampu menyewa rumah di situ dengan sewa bulanan sebanyak RM500. Jenis rumah sewa aku ni merupakan rumah teres 2 pintu. Ada 2 bilik tidur dan 1 bilik air. Tapi yang tak best rumah ialah kawasan persekitaran yang agak menyeramkan kerana terdapat belukar di belakang rumah aku ni.

Tak sampai 6 bulan kat situ, kami berpindah ke rumah baru. Tak jauhpun, selang 3 buah rumah jer dari rumah lama. Cuma yang bestnya, dekat dengan jalan dan rumah lagi besar. Sewa cuma bertambah dari RM500 ke RM600. Kat sini aku duduk lebih kurang 2 tahun sebelum berpindah lagi.

Masa duduk sini, aku ada beli sebuah kondo di Taman Melati, Setapak. Cadang nak duduk tapi bila memikirkan saiz kondo tu yang besar ( 1350 sq,4 bilik, 2 bilik air) dengan saiz keluarga aku, aku decide bagi sewa jer. Kondo nie pun aku dah jual 4 tahun lepas. Aku rasa selesa duduk di sini tapi aku decide kena pindah biler rumah aku ni dipecahmasuk oleh pencuri.

Trauma kami sekeluarga bila rumah kena pecahmasuk. Kami memang bersyukur kerana pencuri tak mengejut kami dari tidur, kalau tak, mahu kami kena ikat. Ini kerana pencuri tue dah puas hati bila dapat curi laptop dan kamera digital yang berada di ruang tamu. Bila aku bangun tidur nak pergi kerja baru perasan barang-barang tersebut dah hilang. Masa buat laporan polis, aku dapat tahu ada 2 rumah lain di lorong yang sama kena juga dipecahmasuk.

Disebabkan tu, kami decide nak pindah sebab trauma. Lepas kena rompak, barulah owner rumah sewa aku tue pasang grill tingkap. Kebetulan, member office wife baru pindah ke rumah apartment yang baru siap. Dia beritau ada lagi beberapa unit yang masih dijual. Aku pergi tengok apartment tu dan berkenan sebab walaupun apartment, tapi kemudahan macam kondo. Ada swimming pool, sauna dan gym dan low density. Memang dah jadi rezeki, tinggal satu unit je yang developer belum dapat jual lagi. Nama apartment ni ialah Apartment Villa Danau, Taman Danau Kota. Apartment ni sebenarnya dah terbengkalai lebih 5 tahun sebelum siap dalam tahun 2007. Aku beli dengan harga RM190k dan market value sekarang kalau tengok dalam Mudah.my ialah RM350k ke atas.

Apartment aku duduk nie memang strategik. Dekat sangat nak jalan kaki pergi Uptown Danau Kota dan Festival City Mall. Lagi satu, kedudukannya agak jauh dari jalan utama, so tak dengarlah bunyi bising kenderaan dan bunyi bising Uptown tue. Cuma yang tak bestnya, unit aku duduk nie tingkat satu dan apartment nie tak ada kemudahan lif. Lagi satu, parking kereta tak berbumbung. Bila anak dah masuk 2 orang dan anak sulung aku nak masuk sekolah, my wife mengadu susah nak handle anak-anak kalau hari hujan sebab parking keta agak jauh dan tak berbumbung. Aku plak pagi-pagi kena keluar awal pasal office aku agak jauh.

So kami decide nak pindah rumah teres yang dekat dengan sekolah dan kawalan keselamatan yang bagus. Di area gombak nie, yang aku nampak ialah di Taman Mutiara Gombak yang dekat batu 6 Jalan Gombak. So tengok dalam iklan mudah, ada satu dua iklan tapi semuanya dah selamat disewa. Then kami pergi survey Taman Mutiara Gombak nie dan memang tempat nie menarik disebabkan taman ini berkonsep gated dan guarded. Sewa dalam lingkungan RM1500-RM1600. Nak beli memang tak mampu sebab market value dah melebihi RM600k. Dari bayar kat bank dalam RM3000 sebulan (kalau loan RM600k) baik kami menyewa sahaja. At last, kami dapat gak sewa rumah kat sini dan mula berpindah dalam bulan November 2011. Anak aku nak pergi sekolah pun tak jauh, tak sampai 300 meter pun jarak sekolah dari rumah aku.

Selepas nie, aku tak tau ke mana pulak akan kami berpindah. Kalau boleh, aku nak balik kampung aku kat Taiping pasal aku pun dah boring duduk di KL nie. Dah lebih 15 tahun dah di KL. Tapi itulah, belum ada rezeki lagi. Insya Allah, doa aku nie akan diperkenankan suatu hari nanti.


1 comment:

  1. salam.
    masih tinggal di mutiara gombak?
    masih rate 1500-1600 ke skrg?
    macam tak jumpa je rate tu..hrga rumah dah juta2..huhu

    nak cari rmh sewa 1K pun x puas hati dgn laman rmh yang sempit. anak2 terkurung dalam rumah.

    ReplyDelete