Wednesday, September 1, 2010

Berbuka Di Fiske Steakhouse

Hari Ahad lepas aku dengan family aku pegi berbuka di luar. Cadangnya nak tukar selera makan western food dan selepas puas mengoogle, aku decide untuk try makan di satu steakthouse melayu di Keramat. Kalau sebelum ini, aku selalu makan western food kat Taman Sri Rampai, tapi lepas aku baca comment2 blogger yang kata makanan kat Keramat tu best giler, aku pun cuba ler.

Kitaorang sampai pun dah lewat sebab anak aku tertidur lepas maghrib.. lebih kurang jam 9.30 mlm baru kitaorang sampai. Nama kedai tue Fiske Steakhouse dan terletak di Medan Selera Keramat..dekat dengan area kilang-kilang tue. Asal kedai tu tak silap aku bukannya kedai makanpun, tapi kedai jual kraftanggan asalnya.

Aku order special lamb chop, while my wife order set asam pedas dan my daughter order spaghetti. Order cepat sampai biarpun orang agak ramai. Suasana tempat diapun agak menarik. Korang boleh pilih samada nak makan dalam bilik air-cond ataupun kat luar.

Special lamb chop ni jadi special sebab ada spaghetti sekali. Rasanya no bad dan portion lamb tue pun banyak. Tapi spoil satu jer, daging dan kuahnya dah tak panas, suam-suam jer. Aku suka kalau daging tue bila sampai jer,dia punya panas sampai berasap-asap.
Yang set asam pedas wife aku order memang lah rasa asam pedasnya tapi dia punya level kepedasannya memang maksimum la. Pedas giler.. tapi rasanya lepas ni nak try order ikan parilah.. hari tue ikan pari dah habis, wife aku order ikan kembung jer. Spaghetti yang anak aku order nampak sedap sampai anak aku makan sampai licin..

Tang harga, memang harga dia kira murah.. special lamb chop hanya RM15, set asam pedas RM10 jer (including air sirap selasih) dan spaghetti hanya RM6.90 jer.
Aku tak sempat ambik gambar lamb chop dengan set asam pedas tue. Tapi gambar-gambar lain adalah.







No comments:

Post a Comment