Monday, September 6, 2010

Kalaulah Peristiwa 13 Mei Berulang Kembali

Aku percaya korang kat luar sana mesti sependapat dengan aku bahawa sejak dua tiga menjak ni, banyak sangat isu serangan kaum (racism)di negara kita ni especially di antara 2 kaum utama Malaysia iaitu orang Melayu dengan orang Cina. Mesti setiap hari akan ada berita-berita yang kurang menyenangkan keluar daripada mulut samada daripada orang Melayu ataupun orang Cina..

Kalau tanya aku, aku tengok isu nie terus berterusan tanpa ada ketegasan daripada pihak kerajaan. Masa zaman Tun Mahathir dulu,takler teruk sangat jadi macam ni..mungkin that time, internet pun masih kureng. Sekarang nie, ramai saling kutuk-mengutuk di dalam internet samada melalui Facebook ataupun dalam Youtube.Aku bukan nak sokong mana-mana pihak, tapi pada pendapat aku, aku tengok polisi yang ada sekrang nie tak pulak mengakibatkan sesuatu kaum tue jadi teraniaya dan terpinggir giler..walaupun kaum bumiputera ada diberi advantages berbanding kaum lain, aku tengok kaum lain tue tak pulak jadi pengemis atau pencacai kat negara ni, tapi kaum diorang merupakan kaum terbanyak yang jadi 10 orang terkaya di Malaysia.

Aku maleh nak cakap panjang, tapi kalau jadilah rusuhan kaum macam 13 Mei 1969, confirm akan menyusahkan aku. Confirm aku takkan keluar rumah sebab takut nanti kena serang dek kaum aku sendiri iaitu kaum melayu disebabkan muka aku ni macam chinesse look. Iyerlah, takkan aku nak pakai nametag gantung kat leher untuk bagitau yang aku nie melayu. Aku yakin ramai orang jawa pun takut nak keluar rumah sebab muka diorang tue pun ada iras-iras muka orang cina.

Aku masa kerja jadi cashier kat satu supermarket masa aku cuti sem dulu, penat aku nak menjawab kat auntie-auntie yang aku ni tak faham bahasa mandarin. Terpaksa ler aku bagitau yang aku nie faham bahasa melayu jer walaupun moyang sebelah bapa aku ni cina. Rugi gak aku tak belajar bahasa cina nie, kalau tak mesti dapat tackle amoi cun kat luar sana tue..hehehe

Kalau boleh, aku berdoa janganlah peristiwa 13 Mei nie berulang kembali. Nanti ekonomi kita akan jatuh mendadak dan semua kaum akan saling dendam-mendendami antara satu sama lain. Kemungkinan besar kaum melayu mungkin akan menang disebabkan ramainya kaum melayu di dalam pasukan polis dan tentera, tapi yang menang pun akan jadi arang. Tiada siapa yang akan untung dalam pertelingkahan ini. Silap-silap orang melayu mahupun cina yang kaya-raya akan lari pergi ke negara lain. yerlah, duit bagi diorang tak jadi masalah. Jadi yang takde duit, tinggallah berperang dan mampus kat negara sendiri.

Aku tengok family Tan Sri G.P. Ghanalingam, CEO Westport memang contoh satu keluarga 1Malaysia yang sempurna. Wife dia Cina, dapat anak macam melayu, lepas tue anak dia masuk Islam kawin dengan orang Melayu...so semua bangsa dan agama ada dalam family dia. Kalaulah semua orang boleh hidup mcam family dia ni tanpa ada curiga-mencurigai sesama sendiri, kan bagus. Aman sikit dunia ini.

No comments:

Post a Comment