Sunday, September 19, 2010

Cerita Raya


Lebih kurang 2 minggu aku tak update blog aku nie . Yerlah, balik beraya di kampung, laptop pun tak bawa balik sekali, itu yang tak update langsung blog aku nie. Anyway, since aku dalam mood raya lagi, entry kali nie berkisar mengenai kisah raya aku selama 2 minggu ini.
Aku balik kampung ke Tepen (Taiping) pada pagi Rabu 2 hari lagi sebelum raya. Memang perjalanan balik kampung kali ini langsung tidak memenatkan kerana tiada langsung kesesakan jalan berlaku. Memang smooth giler la, tapi rasa mengantuk tu tetap ada. Sampai di Tepen lebih kurang 3 ½ jam jer dari KL.

Raya tahun ini tidak menyeronokkan dan suram kerana keluarga aku still dalam keadaan berdukacita kerana kehilangan adik kesayangan aku pada hujung tahun 2009 akibat kegagalan hati. Sejak abah aku kena mild stroke pada bulan Ramadan tahun lepas, arwah adik akulah yang took care everything sebab dia yang tinggal dengan mak abah aku di kampung. Dialah yang beli ikan, barang dapur dan bawa abah aku pegi berubat since dia boleh memandu. Tapi itulah, ajal datang tanpa diketahui, akhirnya adik aku meninggal di Hospital Selayang selepas mengalami demam kuning yang berlarutan selama 2 minggu. Tapi aku bersyukur kerana arwah adik aku meninggal dalam keadaan sempat berbakti kepada ibu bapa dan dalam keadaan sempurna. Yerlah, lately nie kita dikejutkan dengan beberapa kejadian ngeri di mana ada kes-kes kemalangan yang menyebabkan mangsa hangus terbakar dan yang lebih lagi dashyat ialah kes Sosilawati dan 3 orang yang lain dibunuh dan dibakar. Kesian kat anak-anak mereka, tak boleh nak cium dan tatap ibu atau ayah mereka buat kali terakhir.

Aku tak banyak pergi berjalan beraya di rumah orang pada tahun ini. Aku pegi melawat Mak Long aku yang baru-baru ini jatuh sakit dan menyebabkan Mak Long aku jadi sukar untuk bercakap dan melakukan kerja-kerja rumah. Kesian juga aku tengok keadaan dia sekarang. Tahun lepas abah aku sakit, kali nie kakak abah aku pulak sakit. Dahlah diorang tue 2 beradik jer. Badan abah dan mak long aku memang susut giler kalau berbanding sebelum ini.

Kebetulan hari jadi anak sulung aku yang kelima jatuh pada hari raya keempat, so aku pun ambil kesempatan untuk buat jamuan hari jadi anak aku disekalikan dengan jamuan hari raya. Aku tak jemput ramaipun, lebih kurang 50 orang jer.. main menu ialah nasi ayam dan bihun sup. Itupun masak sendiri jer. Untuk anak aku, aku belikan patung Barbie untuk dia. Memang seronok gilerlah dia dapat hadiah patung Barbie tue.

Dalam cuti raya ni gak, aku berkesempatan untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama aku yg dah lama aku tak jumpa. Salah seorang member aku tue sekrang bekerja di TUDM Labuan, hujung tahun ni Insyallah dia akan dinaikkan pangkat jadi Mejar. La ni disebabkan harga kereta di Labuan memang murah, diapun upgrade keta dia dari proton Wira ke Honda Accord 2.0. Memang best gilerlah dia dapat bawa kereta mahal tapi duduk kat Labuan, mana boleh tekan laju2, pulau tue pun kecik sangat. Tak sampai sejam boleh habis tawaf satu pulau tue.

Aku jumpa member2 Seratas aku kat Taiping Sentral, adalah lebih kurang 4 orang semuanya. Seorang tu jadi cikgu, ada kerja dengan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) dan yg lain tue kerja dengan swasta. Semuanya dah ada steady job dan dah berkeluarga kecuali 2 orang tue masih lagi membujang. Kitaorang lepak pun tak lama…dari pukul 11 malam sampai 2 pagi jer.
Oh yer… masa aku mandikan anak aku yang bongsu tue pada raya ketiga, aku tak sengaja tertuang sedikit air panas kat badan dia. Meraung anak aku tue menangis. Aku cepat-cepat mandikan dia dengan air sejuk. Biler anak aku dah ok sikit dan takder nampak kesan lecuran aku pun bawa pergi Klinik. Kebetulan hari tue hari Ahad dan cuti raya, memang takder klinik yang bukapun. Aku bawa pergi Klinik Apollo tapi diorang suggest pergi klinik lain pasal takder pakar kanak-kanak kat situ. Aku fed-up terus pergi Hospital Asia Colombia dan doktor bagi ubat krim untuk legakan kesakitan anak aku tue. Ramai gak orang yang datang ke hospital ni masa cuti-cuti raya ni.

Aku balik KL pada hari Rabu lepas pasal wife aku ada exam pada hari Khamis tue. Sekarang ni wife aku tengah sambung belajar.. jadinya setiap kali dia ada kelas, akulah yang dok jaga 2 orang anak aku tue. Sorang girl dan sorang boy.. cukup sepasang. Nak tambah pun mungkin boleh maksimum 2 orang je lagi pasal dua-dua anak aku ni dilahirkan secara caesarian, so wife aku memang tak boleh nak bersalin more than 4 orang unlesslah aku tambah bini baru lagi..hehehe
Sempena kita masih di dalam bulan Syawal ini, aku ambik kesempatan untuk mengucapka Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.


No comments:

Post a Comment