Wednesday, September 29, 2010

Cari Duit Lebih

Hari ni aku nak menaip pasal macamaner nak cari duit lebih atau modal untuk kita buat pelaburan ataupun untuk tujuan peribadi. Kalau korang baca blog-blog pelaburan hartanah seperti matjoe, abangensem, pie2020 & faridzaswadi, diorang ada jugak cerita bagaimana nak dapatkan modal untuk melabur. Antaranya ialah:

1. Buat savings daripada monthly salary setiap bulan
2. Keluarkan duit dari akaun 2 KWSP
3. Friendly loan daripada kekawan, parents dan saudara mara
4. Buat part-time job
5. Refinance rumah ataupun jual rumah kalau ada excess value

Kalau ikutkan banyak lagi cara bagi kita untuk mendapatkan modal selain daripada 5 cara di atas tue. Tapi kali ni aku nak sharekan tentang cara lain untuk dapatkan modal ataupun duit lebih.
For those yang dah tau, bahawa sesetengah agensi penguatkuasaan undang-undang di Malaysia ni ada memberikan ganjaran kepada pemberi maklumat (informer). Nilai ganjaran kebanyakannya bergantung kepada bagaimana pentingnya maklumat yang diberikan oleh informer ini kepada agensi kerajaan tersebut. Sebagai contoh, jika maklumat yang diberikan hanya secara am seperti maklumat daripada informer mengatakan bahawa jirannya melarikan cukai tetapi informer tidak memberi maklumat lengkap seperti bagaimana modus operandi jirannya melarikan cukai samada secara membuat belian palsu ataupun merendahkan amaun jualan, maka maklumat tersebut dianggap sebagai tidak lengkap dan ganjaran berkemungkinan tidak diberikan. Kalau ganjaran diberikan sekalipun, nilai ganjaran mungkin tidak setinggi mana berbanding ganjaran yang sepatutnya diterima.

Kalau aku tak silap, nilai ganjaran bagi setiap agensi kerajaan adalah berbeza. Sebagai contoh, bagi pihak LHDN, jumlah ganjaran adalah di dalam lingkungan 10%-20% daripada jumlah cukai yang dilarikan, manakala bagi pihak kastam ialah lebih kurang 10% dari nilai barang rampasan. Kalau jumlah cukai yang dilarikan lebih kurang RM10 juta, maka senang-senang je korang boleh dapat RM1-2 juta. Terus jadi instant millionaire. Tak payah main nombor ekor. Selain daripada kastam dan LHDN, agensi kerajaan yang turut memberi ganjaran kepada informer adalah seperti PDRM, Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia.

So jika korang ada info-info yang bernilai mengenai sesuatu kesalahan jenayah seperti penyeludupan barang dan pelarian cukai, maka korang jangan takut untuk memberikan maklumat tersebut kepada pihak berkaitan. Jangan bimbang, maklumat peribadi korang akan dirahsiakan dengan selamatnya. Cuma pemberian ganjaran hanya diberikan apabila kes tersebut telah selamat diselesaikan. Kalau kes tersebut mengambil masa 2-3 tahun untuk diselesaikan, maka korang pun kenalah tunggu 2-3 tahun gak.


2 comments: