Tuesday, September 28, 2010

Travelling Ke Batu Pahat

Member aku sakit gigi pun belasah gak mee racun ni

Mee racun batu pahat

Aku sejak dari hari Ahad berada di Bandar Batu Pahat, Johor untuk urusan kerja. Aku dgn colleague aku stay kat Hotel Katerina (ala hotel yg famous pasal video seks Chua Soi Lek). Hotel nilah yang paling grandpun kat BP nie.. duduk situ dari hari Ahad sampai hari Selasa.

Sebenarnya, kitaorang datang ke BP ni untuk menghadiri satu kes mahkamah yang melibatkan kes cukai tidak dilapor dengan sebenar. Maklumat lanjut mengenai kes ini tidak dapat dipaparkan kerana perbicaraan kes ini ditangguhkan ke tarikh baru berikutan lawyer pembayar cukai mengalami masalah sakit kerongkong dan tidak dapat bercakap dengan lancar. So kiranya kitaorang pergi BP ni kira macam pergi makan angin la. Tapi sebenarnya, kat BP ni, takder tempat-tempat yang menarik pun. In fact, aku rasa memang takkan ada pelancong datang ke BP ni kecuali untuk urusan kerja.

Apapun, aku suka cari kedai-kedai makan yang best biler travelling jauh-jauh ni. As u know, Bandar Batu Pahat ni terkenal dengan keenakan nasi beriyaninya. Ada dua kedai yang sememangnya famous iaitu Nasi Bariani Mat Shah dan Nasi Beriyani Power, Taman Sorga. So kitaorang try makan nasi beriyani di kedua-dua kedai tersebut.

Nasi Bariani Mat Shah terletak berhampiran dengan Bandar BP iaitu di Medan Selera yang terletak berdekatan dengan Jambatan Batu Pahat. Manakala Nasi Beriyani Power terletak di Taman Sorga berhampiran dengan area-area Dataran Batu Pahat. Harga nasi briyani Mat Shah lebih murah jika dibandingkan dengan Restoran Nasi Beriyani Power Taman Sorga. Tapi tak bolehlah dibandingkan secara direct kerana nasi briyani Mat Shah dijual di gerai medan selera manakala beriyani power ada restorannya sendiri dan hiasan dalaman yang menarik. Pada pendapat aku, nasi beriyani power menambat selera aku sebab nasinya kurang berminyak jika dibandingkan dengan beriyani Mat Shah. Aku tak ambik gambarpun bagi kedua-dua kedai ni sebab dah banyak sangat gambar korang boleh tengok kat blog-blog lain.

Lagi satu makanan yang kitaorang try after kitaorang menggoogle ialah mee racun batu pahat. Tapi nak mencari gerai mee racun ni memang payah. Kitaorang try cari alamat kat blog-blog yg pernah review mee racun ni tak beri alamat specific, Cuma diorang cakap kedai tue berada di Taman Seri Jaya, belakang Carrefour BP. Tapi sebenarnya ada 3 gerai mee racun di Batu Pahat ni, tapi yang dikatakan paling best ialah di gerai yg belakang Carrefour ni. Kitaorang cuba cari dalam GPS kot-kot termasuk dalam POI pun takder gak. Kitaorang pusing-pusing lepas tue barulah jumpa. Gerai tue takder signboard pun. Lokasinya ialah terletak di Jalan Rotan Tunduk, Taman Sri Jaya dan terletak betul-betul bersebelahan kanan Surau Taman Sri Jaya. Kedai ni dibuka mulai jam 4.30 petang dan korang kena datang awal-awal kalau nak rasa mee racun gearbox sebab masa kitaorang sampai jam 7.30 malam pun, diorang dah catu tulang gearbox tue.

Apa yang special sangat tentang mee racun ni? Mee racun ni rasanya macam mee bandung tapi yang specialnya, kalau korang order mee racun gearbox, korang akan dapat hirup tulang gearbox kambing yang best tue. Selalunya, diorang akan bagi 2 tulang gearbox kambing ni pada setiap hidangan tapi malam tu, kitaorang dapat rasa satu tulang jer pasal tulang dah nak abis. Tak sampai ½ jam kitaorang duduk, tulang gearbox kat gerai tue dah habis licin dah. Tapi diorang tak tutup kedai lagi sebab korang boleh makan mee racun biasa lagi. Selain mee racun, gerai ni ada juga menjual bihun sup, nasi goreng dan roti canai. So kalau korang sampai pukul 8 mlm ke atas, memang kebarangkalian korang nak makan mee racun gearbox takkan kesampaian.

Hari Selasa pagi kitaorang gerak balik ke KL, singgah dulu beli kerepek2 kat Parit Raja untuk family dan office, terus straight balik KL. Jika ikut harga, kerepek kat Banting lagi murah. Rasanya lebih kurang sama jer. Goreng pakai minyak gak. Anyway, aku mungkin ke Batu Pahat lagi pada bulan Disember ni. Tak sabar nak makan mee racun lagi.




4 comments:

  1. oittt muka aku pulak dalam ni.. kena royalti baru tau.. tapi mee racun memang cun.. selamat mencuba

    ReplyDelete
  2. Kata ada gps......apsal tak lock location dia....watdafaaaaa

    ReplyDelete
  3. ce try matbond batriani house...
    rasa lazat pasty teringat heeheee....

    ReplyDelete
  4. Taman Soga bukan Sorga. Harap maklum.

    ReplyDelete