Wednesday, July 11, 2012

Duit oh Duit!

Bulan lepas aku dapat jual rumah apartment aku kat cheras tue yang aku beli masa lelong dulu. Budget ingatkan boleh la dapat full payment dalam tempoh 2-3 bulan jer..rupanya ada masalah pulak dengan pertukaran nama pada title rumah aku tue. Aku diberitahu yang rumah aku tue dah boleh apply strata title dan instead nak buat direct transfer dari nama owner sebelum aku nie ke rumah buyer aku tak dibenarkan oleh developer. Mahu tak mahu terpaksalah kena tukar nama kat aku dulu barulah lepas tue tukar kepada nama buyer aku plak. So proses ini memakan masa yang panjang dan aku dimaklumkan yang paling cepat boleh selesai ialah 6 bulan. Hampeh betul! Habis plan aku sebelum nie nak guna duit tue.

Isnin lepas lawyer untuk apartment aku kat danau kota pulak call nak minta bayarkan legal fee sebab dah selesai buat perfection untuk strata title apartment tue. Lebih kurang beberapa ribu lagi plak nak kena keluar dari poket aku ini. Mahu pening kepala lagu nie..dahlah aku dapat tau yang pelarasan gaji untuk company aku tak seperti yang diharapkan. Tapi aku doakan agar pelarasan gaji untuk company aku ini diluluskan dengan kadar yang lebih baik hendaknya.

Hari minggu ni nak kena tukar side mirror kereta aku nie...mahu terbang 3-4 ratus gak. Patah pulak akibat langgar tiang parking. Nasib baik bukan kereta mahal, kalau tak mahu kena ribu-ribu gak. Tapi itulah, duit yang aku keluarkan nie harap-harap membawa keberkatan kepada hidup aku insyaallah. 


No comments:

Post a Comment