Sunday, July 15, 2012

Tukar Side Mirror Grand Livina

Since side mirror Grand Livina aku patah tempohari, mahu tak mahu terpaksa gak aku kena tukar side mirror yang baru. Aku call Nissan Service Centre dulu dan diberitahu yang satu side mirror baru (belum dicat lagi) berharga RM 450 jer. Tergamam gak aku dibuatnya bila dengar harga macam tu.

Aku pergi tanya kedai akseksori kat belakang Ong Tai Kim Jalan Gombak pulak dan diberitahu oleh tokey kedai tue pulak lagi mahal. Ada ke patut dia nak charge aku RM480.. lagi mahal daripada kedai nissan sendiri. kepala otak berjambul dia. Lepas aku beritahu yang Nissan cuma charge RM450, dia pun kata boleh kurangkan jadi RM450 gak. Aku tanya dia kalau aku beli sendiri dan minta dia pasang, berapa pulak dia nak charge untuk upah pasang, dia jawab RM80. Memang nak mengena orang betul kedai ni..

Last-last aku pun menggoogle untuk dapatkan kedai yang mana yang ada jual side mirror nissan ni. Aku dapati ada 2 buah kedai yang ada jual aksesori nissan ini iaitu Sam Ghee dan Vanli yang kedua-duanya terletak di Jalan Ipoh. Aku call dua-dua kedai dan diberitahu harganya sama iaitu RM350 jer. Semalam aku pergi kedai Sam Ghee tue dan minta kurang sedikit, dan dapat beli pada harga RM330. 

Mulanya aku cadang nak pasang sendiri sebab tengok dalam youtube macam mudah jer. Tapi aku cuba cari video tentang grand livina tapi tak ada. Kalau tengok dalam youtube, kita cuma tanggal segi tiga yang kat tepi tingkap tue jer dan tak perlu nak buka keseluruhan door panel kereta kita. Aku pun trylah tanggal segi tiga tue, tapi malangnya, untuk grand livina kita kena buka keseluruhan door panel sebab wayar socket tue duduk kat dalam pintu bukannya duduk kat segitiga tue. Hampeh betul. Aku pun cuba tanggal door panel kereta aku tapi aku tak berjaya nak cari screw yang patut dibuka. Sebab takut menjahanamkan kereta aku, aku pun pergi kedai workshop yang aku selalu aku pergi dan minta dia tolong pasangkan. Nasib baik, dia hanya kenakan RM10 sebagai upah pasang. Jadi keseluruhan kos yang terlibat cuma RM340 jer instead RM450 jer. memang melampau kedai aksesori tue nak buat untung. kalau setakat beza RM50 jer takpe, ini sampai lebih seratus ringgit. 

Lepas nie pulak nak kena cat side mirror tue serupa dengan color body kereta aku.. itu tunggu bonus rayalah pulak nanti. duit pun dah kering sekrang. 

2 comments:

  1. 1Malaysia semua...

    Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

    Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

    Kalau berminat, sila layari :

    (Versi English)
    http://tinyURL.com/UinvestWorld


    (Versi Melayu)
    http://PelaburanHartanah.blog.com


    ( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


    Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

    Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    En. Joe, boleh bagitau kat mana workshop yg amik upah sikit tu?..saya punya side mirror patah, tempat segitiga panel (melekat kat pintu) yg bahagian dalamnya kopak, saya tengah google nak cari yg murah..
    bagitau ye kedai workshop tu.. saya tinggal di sentul

    ReplyDelete