Saturday, April 7, 2012

Jangan Sesuka Hati Halau Penyewa

Tadi aku terbaca kat dalam forum carigold yang mana ada seorang penyewa rumah yang kena halau oleh tuan rumahnya walaupun dia baru duduk situ tak sampai beberapa bulan. Dia kena halau pasal tuan rumah tak suka dengar complaint dia sedangkan penyewa tu complaint pun bersebab.

Korang boleh baca cerita si penyewa tu kat sini

Apa yang menarik perhatian aku dari kisah si penyewa ini ialah:

  • Jgn sesekali korang as tuan rumah lupa letakkan tempoh perjanjian dalam tenancy agreement. Kalau tak bila stamping nanti, ia akan dikira tempoh maksimum iaitu 4 tahun
  • Jangan simply halau si penyewa dalam short notice iaitu kurang tempoh 3 bulan kalau taknya ianya menyalahi akta kawalan sewa 1997
  • Kalau owner enggan stamping tenancy agreement, si penyewa boleh pergi stamping sendiri if nak bawa kes ke mahkamah
Apa yang pasti, ini ialah kali pertama aku dengar tentang Akta Kawalan Sewa 1997. Aku ingatkan dah cukup sekadar binding agreement between landlord dengan tenant untuk protect both parties. Rupanya si penyewa pun boleh guna akta ini untuk protect hak dia kalau dia dianiaya oleh tuan tanah.


No comments:

Post a Comment