Friday, April 13, 2012

Pengalaman Beli Rumah Lelong

First time aku beli rumah lelong ialah dalam tahun 2009. Itu kali pertama aku pergi auction house dan alhamdullilah, aku dapat gak rumah tersebut. 

Masa tue, aku try nak beli rumah lelong sebab rasa teruja bila baca blog-blog pelabur hartanah macam pie2020, faridzaswadi dan ctfarazila. Jenis rumah yang aku dapat beli ni ialah sebuah apartment yang dikenali as Pandan Lake View Apartment yang terletak di area pandan perdana, cheras. Masa aku nak beli, memang dikatakan gamble gak ler. Buat survey pun last-last minute, masa survey tengok blok yang aku nak masuk lelong nie memang nampak ngeri, sebab struktur blok nie banyak retak seribu. Tapi aku still nak masuk disebabkan harganya yang amat murah dan aku memang familiar dengan tempat ni, tempat aku duduk masa zaman belajar dulu. Unit yang aku masuk nie adalah jenis penthouse di tingkat 4, dahlah walk-up apartment pulak tue.

Aku pergi buat bank draft pun masa pagi nak masuk bidding tue. Masa tue aku masuk lelong kat ng chan mau dan bila unit aku dipanggil, rupanya ada seorang bidder lain yang turut masuk bid. Harga RP ialah Rm50k, aku lawan dan menang pada harga RM55k. Masa tue jugak aku dapat berkenalan dengan otai lelong iaitu faridzaswadi

Sebenarnya banyak kisah duka apabila aku beli unit apartment lelong ni. Dapat pulak lawyer yang buat kerja tak professional..sampai aku bertekak dengan lawyer yang tak reti buat kerja ni.. tobat aku nak hire firm nie lagi, ingatkan nak tolong firm bangsa sendiri tapi bangsa sendiri buat kerja tak betul. Banyak kali gak aku terkena dengan bangsa aku sendiri ni. Tapi takperlah, at least dapat gak aku belajar dari kesilapan aku nie. 

Unit yang aku beli ni dapat aku masuk lebih kurang setahun gak lak pasal owner lama tak nak keluar selagi bank aku belum buat full dirbusement kepada bank dia. Tau gak dia pasal undang-undang nie. Tapi yang lawaknya, owner lama nie boleh buat cerita lawak kat aku, cakap yang rumah dia tue berhantu la, dia ada duit rm3 juta dalam bank tapi bank negara tak kasi dia keluarkan duit tu, macam-macam gak lah cerita mengarut yang dia ceritakan kat aku. Aku layan jer lah. Yang pelik pulak tue, dia ni bujang tapi ada perempuan dengan anaknya duduk sekali dengan dia. Dia pun mengaku yang perempuan tue bukan bini dia tapi nak tolong sebab kasihankan si perempuan tue.

Aku mengucap panjang bila masuk rumah aku nie. Tak dapat aku bayangkan macamana lah diorang ni sanggup duduk rumah macam nie. Kotor dan dinding berkulat. Bilik air pun tak pernah bercuci. Banyak jugak aku kena keluarkan duit untuk repairkan rumah ni jadi elok. Lagi satu, aku nasihatkan korang supaya jangan beli rumah yang jenis penthouse nie. Takut atap tue leaking jadi macam rumah aku nie. 

Sehingga ke hari ini, dah 2 kali  penyewa yang duduk rumah aku nie. Penyewa yang pertama duduk tak sampai setahun sebab kena halau dengan aku. Nanti aku ceritakan kisah si penyewa ni dalam post kemudian. Penyewa yang kedua nie memang tiap-tiap bulan bayar awal sebelum due date. Sewa area sini dalam RM500 hingga RM700. Aku bagi sewa cuma RM500 jer sebab rumah aku nie jenis penthouse. Bayar bank RM250 dan maintenance fee cuma RM50 jer sebulan. 

Alhamdullilah, akhirnya setelah lebih kurang 3 tahun dari tarikh aku dapat rumah nie, last month aku berjaya  jual rumah ini. Sekarang ni tunggu lawyer buyer prepare SnP dan maybe lambat sedikit disebabkan lawyer aku yang benggong dulu tue tak letakkan nama aku dalam geran lagi. 

End of my story, cuma aku nak ingatkan korang, sebelum nak beli rumah lelong, baik korang persiapkan diri korang dengan ilmu dulu. Sekarang ni banyak seminar hartanah yang feenya berpatutan dan tak terlalu mahal seperti di Abangensem dan Ctfarazila. Karang korang rugi macam aku nie plak nanti. 


Contoh gambar apartment aku




11 comments:

  1. salam nk tny apa persediaan msa nak pergi bidding tu.
    1. bank draft = 10%, klau msa bid tu hrga dh jd lbh dr spatutnya kita kna tmbh dgn duit ke cntoh, asal 50k tp jd 55k mksdnya 500 tu kna tmbh la ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih artikelnya kak. Kalau mau lihat contoh model desain rumah minimalis bisa lihat di blog saya :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Bro nak tanya No Phone JMB pandan lake view tu apa?

    ReplyDelete
  3. 5k yg extra tu kne bayar hari tu jgak ke

    ReplyDelete
  4. 5k yg extra tu kne bayar hari tu jgak ke

    ReplyDelete
  5. 5k yg extra tu kne bayar hari tu jgak ke

    ReplyDelete
  6. Slam..nk tnya..berminat nk join lelong rumah..klau rumah kos rendah kn ad libat kn SUK utk permohonan consent..lama kn proses tu..jd mcm mna nk settel kn baki byran 90 persen tu..ke apply consent selepas loan approve.

    ReplyDelete
  7. salam kenal ya, walau saya agak kurang mengerti tentang rumah lelong, tapi suka dengan pembahasan anda terimakasih..

    ReplyDelete
  8. best juga baca penulisan mr midakeliru. org ganu ke? anyway cerita pasal halau penyewa tu mana post dia. n knp lama tak update blog. update skit

    ReplyDelete