Sunday, April 8, 2012

Kisah Tauladan: Akibat Beli Rumah Tergesa-gesa

Kali ini aku nak ceritakan mengenai satu kisah benar yang berlaku kepada seorang kakak di ofis aku mana kini menanggung kerugian yang besar akibat membeli rumah secara tergesa-gesa. Sekarang nak menyesal pun dah tak guna, yerlah, duit dah beratus ribu keluar, mahu tak mahu kenalah duduk rumah baru tu sampai bila-bila.

Sebelum ini, ofis aku terletak di KL dan pada hujung tahun lepas, ofis aku kena pindah ke Cyberjaya. Kakak ni seorang ibu tunggal dengan 3 orang anak. Dia sebenarnya dah ada sebuah rumah apartment di area pinggiran KL. Oleh sebab ofis aku nak kena pindah ke Cyberjaya, maka dia pun bercadang untuk pindah berhampiran dengan ofis baru kitaorang tu. 

Jadi, tanpa pengetahuan kami, dia pun survey rumah-rumah di area Dengkil dan dia berkenan dengan sebuah rumah 2 tingkat jenis low cost yang harganya lebih kurang RM110k. Kami dapat tau akhirnya apabila dia dah beli rumah tu tanpa dapatkan nasihat daripada kami. Mungkin dia takut berkongsi dengan kami, iyerlah, takut kami pulak nak saing beli rumah tue. Lepas tue kami dapat tau yang dia siap berhabis duit lebih kurang RM100k untuk renovate rumah tue. 

Nak dijadikan cerita, setelah lebih kurang sebulan dia pindah ke rumah barunya, satu hari tu, hujan turun selebat-lebatnya dan akibatnya, rumah dia ditenggelami air hingga paras peha. Habis segala perabot baru dan kelengkapan elektrik rosak. Dan lebih malang, kereta dia pun turut kena tenggelam. Memang kasihan nasib kakak nie. Aku tak sempat melawat rumah kakak ni masa ni sebab kebetulan aku outstation minggu tu. Tapi apa yang aku dapat tau, rumah dia tue betul-betul berhadapan dengan saliran longkang besar, besar kemungkinan longkang tue dah tak dapat menampung isipadu air hujan malam tu. Dan yang paling mengejutkan aku, hanya rumah di lorong dia sahaja yang kena banjir sebab lorong dia yang paling hujung, rumah-rumah di lorong lain tak kena pulak pasal berada di kedudukan tinggi sikit. Budak-budak ofis adalah datang menolong tolong bersihkan rumah dia. Dengar kakak nie berhabis lebih RM2 ribu untuk repair kereta dia yang tenggelam tue. 

Nampaknya malang kakak nie masih belum berakhir. Korang ingat tak bulan lepas yang mana banjir besar melanda sekitar KL terutama di area Kampung Lembah Jaya di Ampang dan area hulu langat tue. Habis kawasan kat situ banjir pada malam tue hingga awal pagi. Tapi kat area rumah kakak ni kat Dengkil, tak pulak hujan malam tue. So kakak tue pun pergilah kerja macam biasa esok paginya. Masa tengahari tue, dia dapat call dari jiran sebelah cakap yang rumah kakak ni kena banjir macam dulu. Rupanya, air dari hulu langat tue turun hingga ke area rumah akak nie. Nasib baiklah banjir tu jadi masa dia kat ofis, so selamatlah kereta dia daripada kena banjir lagi. 

So petang tu aku pun turut pergi tengok dan tolong apa yang patut. Aku pun berkesempatan bersembang dengan jiran-jiran kakak tu dan mereka pun beritahu aku yang mula-mula mereka pun terkejut dan tertanya-tanya siapa pembeli rumah yang kakak tu beli sebab tak tanya mereka ni yang dah duduk lama kat situ. Rupanya sejak 10 tahun lepas, masalah banjir ni tak selesai-selesai lagi. Mereka agak-agak yang pembeli tu mesti orang luar yang tak tau apa-apa mengenai kawasan tue. So kakak nie memang dah kena naya dengan si penjual rumah tue. Mengenai hukum hakam, aku rasa urusniaga ni salah dari segi agama sebab si penjual tak cerita mengenai hal sebenar. Kakak tue menangis keluar darah pun dah tak guna. 

Aku rasa kasihan dengan nasib kakak tue. Sementara masih bertenaga, bolehlah dia gagah untuk bersihkan rumah tue setiap kali banjir. Tapi kalau dah pencen nanti, nak harap anak-anak dia pun payah gak. Anak-anak dia pun bermasalah gak. 

So moral of the story: Janganlah korang beli rumah tue secara tergesa-gesa. Cuba selidik dulu area kawasan rumah yang korang nak beli tue. Cuba tanya jiran-jiran di kawasan tersebut. Dan janganlah takut minta nasihat daripada kawan-kawan ataupun saudara mara lain.


4 comments:

  1. Erks~ kesiannya kakak tu.. semoga dia tabah... T__T

    ReplyDelete
  2. semoga akak tu terus tabah.. lokasi dengkil tu kat mana ?

    ReplyDelete
  3. kesiannya akak tu.. si penjual tu mmg hati tak baik.. benda mcm ni mana boleh x bgtau.. sekarang ni memang kena hati2 and survey cukup2..

    ReplyDelete
  4. ni mesti Kat kg. Cemperai

    ReplyDelete