Wednesday, April 11, 2012

Orang Gila Di Mudah.my


Aku percaya korang mesti pernah ke laman jual-beli Mudah.my untuk tengok barang-barang yang dijual especially rumah, kereta, handphone mahupun tanah. Aku pun selalu gak masuk ke Mudah.my untuk tengok-tengok rumah dan pernah beli satu dua barang kat situ.

Aku selalu gak tengok-tengok rumah dan tanah yang ada diiklankan di situ. Selalunya, banyak juga penjual-penjual yang sengaja pura-pura iklankan barang-barang diorang tu. Sajer-sajer nak test market dan nak tau market value yang sesuai. Selalunya bila aku call diorang ni, diorang selalunya akan jawab yang barang diorang tue dah terjual walaupun tak sampai lima minit diorang iklankan barangan diorang tu. Aku pun tak marah pasal at least, diorang jawab telefon dan beri alasan macam tue. Aku pun ada gak buat macam tue.Tapi ada gak yang tak angkat langsung telefon tue, apalah perangai diorang ni, at least, cubalah jawab phone tue. Bukannya diorang yang bayarkan bil tel tue, tak rugi pun kalau jawab phone tue.

Tapi ada satu penjual yang betul-betul buat aku hot dan aku rasakan si penjual ni memang seorang yang cukup teruk perangainya dan sungguh tidak bertanggungjawab. Kisahnya macam ni, pada hujung tahun lepas, aku terlihat ada satu tanah yang hendak dijual di area Salak Tinggi, Selangor dengan harga yang cukup dikatakan agak reasonable iaitu tak silap aku RM 400,000 untuk tanah seluas 2 ekar. Aku pun trylah call si penjual tu dan dapat bercakap. Dia gelarkan dirinya sebagai pakcik ( aku pun dah lupa nama dia ) dan dia beritahu yang tanah tu still available. Aku pun cakap yang aku nak buat site visit dan diapun tiada halangan. 

Tiba hari yang dijanjikan, kebetulan aku ada hal di Seremban pada hari tu. Aku dengan member aku pun call pakcik tue pada jam 10 pagi dan confirmkan dengan dia yang kami akan datang lebih kurang jam 2 petang. Janji akan jumpa di stesen minyak Shell di Salak Tinggi dekat dengan balai bomba. Dia sungguh-sungguh cakap yang dia akan tunggu kehadiran kami. Dia suruh kami call dia bila dah sampai di stesen minyak tu sebab rumah dia tak sampai lima minit pun dari situ. 

Lebih kurang jam 1.30 petang, aku call pakcik ni beberapa kali tetapi asyik masuk voicemail jer. Aku ingatkan mungkin dia ada hal dan memandangkan kami dah dekat dengan tempat yang dijanjikan, kami pun proceedlah ke stesen minyak tu. Bila dah sampai, aku call lagi tapi still masuk voicemail. Sampai lebih 20 kali aku call dan tunggu hingga jam dah dekat pukul 2.40 ptg, aku syak yang aku dah kena aniaya oleh pakcik gila tue. 

Sampai esok pagi aku try call dia pun tak dapat-dapat hinggalah aku hantar sms yang berapi pun undelivered. Aku check yang sms aku tu akhirnya delivered pada hari ketiga tak silap aku tapi aku try call still masuk voicemail. Aku pun dah fed up nak call dia nak maki dia. Yerlah, aku naklah tau apasal dia sanggup perdajal aku macam tu sekali, kalau nak test market sekalipun, tak payahlah sampai janji nak jumpa. Cakap jerlah yang tanah tue dah jual, tak payahlah jadi macam perangai budak-budak, tutup telefon dan tak jawab sms aku tu. Cuba bayangkan kalau orang tu datang dari tempat yang jauh daripada aku lagi, tak ke naya orang tue. Aku rasa si pakcik ada masalah mental kot. 

Aku pun dah terdelete nombor pakcik tue, kalau tak, boleh gak sharing nombor pakcik tue kat sini. Akhir kata, berhati-hatilah dengan orang yang iklankan barangan kat dalam internet tue, macam-macam jenis perangai pun ada. 

No comments:

Post a Comment